Isnin, 20 Februari 2017
Sabtu, 11 Februari 2017
Cara Paling Senang Mendapat Gambaran Luas Tanah 1 Ekar
Minda Tukang Sukat Tanah:
Lazimnya client akan bertanya mengenai bagaimana gambaran luas tanah untuk 1 ekar..
Kalau bertemu client orang lama pula biasanya mereka akan bilang luas satu ekar itu sama dengan 1 rantai lebar X 5 rantai panjang...
kadang-kadang juga client akan tanya 1 rantai berapa ekar..
Tapi jarang-jarang client tanya ukuran luas 1 ekar berapa meter X berapa meter...
HHhhhmmmm....
Kerana orang kebanyakan minat dengan sukan bola sepak, Jadi secara automatik gambaran bagi satu padang bola itu sentiasa fresh diingatan....maka hari ini saya mahu kaitkan padang bola dan anggaran luas tanah dalam 1 ekar..
Saiz padang bola standard adalah 90m X 45m..., Jika dihitung dengan menggunakan calculator jenis casio Fx603 atau yang sama waktu dengan nya ^_^ .. maka didapati ukuran padang bola ini bersamaan dengan 1 ekar luas tanah...
Ukuran Padang Standard:
Panjang : Minimum 90m
Maksimum 120m
Lebar : Minimum 45m
Maksimum 90m
Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
Panjang : Minimum 100m
Maksimum 110m
Lebar : Minimum 64m
Maksimum 75m
Sekarang sesiapa sahaja sudah boleh menganggarkan keluasan sesuatu kawasan secara kasar berdasarkan gambaran luas satu padang bola sepak. Disini saya sertakan lagi unit ukuran yang biasa digunakan dalam kiraan ukur tanah.
Ukuran Luas:
1 Ekar = 0.404686 hektar
1 Ekar = 4046.86 meter²
1 Hektar = 2.47105 ekar
1 Meter ² = 10.7639 kaki²
Ukuran Jarak:
1 Link = 0.201168 meter
1 Kaki = 0.3048 meter
1 Inci = 0.0254 meter
1 Meter = 3.28084 kaki
Langgan:
Catatan (Atom)