Khamis, 29 Jun 2017
Khamis, 22 Jun 2017
Kerja Penyelenggaraan Garisan Sempadan Taman Taman Sabah
Garisan sempadan yang selalu di selenggara lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding dengan keburukan. Ini adalah kerana ia dapat membantu menjaga kawasan kita agar tidak diganggu atau dicerobohi oleh individu/company yang kurang bertanggungjawab.
Selepas penyelenggaraan garisan ini dibuat maka tidak ada lagi individu/company yang berani melepasi dan masuk kawasan ini dengan tujuan permohonan tanah, tebang pokok, aktiviti berkebun dan sebagainya. Dengan meletakkan papan tanda dan warna cat merah pada pokok itu sudah cukup jelas memberitahu bahawa disinilah garisan sempadan yang telah dipersetujui.
Kita sangat gembira dapat membantu pihak Taman Taman Sabah menyelenggara garisan sempadan mereka.
Khamis, 15 Jun 2017
Jemputan Sebagai Penceramah
Sudah tentu ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga apabila dijemput sebagai penceramah di seminar yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara atau INSTUN. Terima kasih atas kepercayan yang diberikan.
Di seminar ini saya berpeluang berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam kerja Penggambaran Fotoudara. Semua peserta yang hadir di seminar ini merupakan tenaga pengajar di INSTUN, Perak. Peserta yang begitu 'sporting' menambahkan lagi seri di sesi ceramah Penggambaran Fotoudara.
Bermula daripada perancangan lembar penerbangan, pengalaman dan keadaan sebenar ketika berada di lapangan udara, cabaran-cabaran yang membimbangkan, muat turun data daripada FDU, Proses raw data hinggalah ke hasil pemprosesan terakhir. Gambar fotoudara ini amat penting dan berguna kepada pembangunan dan keselamatan Negara.
Rabu, 14 Jun 2017
Harta karun
Tanpa sengaja pedang lama ini dijumpai oleh tukang sukat team kawan sewaktu melakukan pengukuran di padang.
Menurut cerita orang kebanyakan di tempat itu ada banyak harta benda milik orang dulu-dulu yang disembunyikan semenjak orang kebanyakan di kawasan itu sudah memeluk agama. Ada sumber bagitahu bahawa pedang ini digunakan ketika ritual dijalankan. Ada juga yang mengatakan itu adalah petanda bahawa harta karun (peti emas) ada disekitar. Tidak tau lah samaada betul atau tidak. Tapi begitulah kata orang kebanyakan.
Macam-macam dalam hutan...
Langgan:
Catatan (Atom)