Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 20 Oktober 2017

Kerja ukur pengesahan sempadan dan topografi bagi lot tanah di pekan kundasang, Ranau


Biasanya bila plan topo ini dibuat bermakna ada pembangunan yang mahu dilakukan di tempat berkenaan. Kita berharap agar pekan kundasang akan ditambah majukan lagi memandangkan kundasang merupakan salah satu tempat yang paling menarik di Negeri Sabah. 

Cuaca yang sejuk, pemandangan yang indah berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu menjadikan tempat ini menjadi tumpuan kepada sesiapa saja yang lalu di kawasan ini. Banyak kenderaan berhenti di tepi jalan sambil selfie dan ambil gambar beramai-ramai. 

Kawasan yang dibuat penyukatan ini sangat sesuai jika dibangunkan sesuatu. Mungkin satu tempat santai-santai kah? berehat kah? Restoran kah? atau lain-lain lagi.

Menjelang pesta kobis atau kejohanan marathon  pasti lebih ramai orang (ramai dari yang biasa) akan datang berkunjung di kundasang menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti 4WD dan sebagainya.

  














Rabu, 16 Ogos 2017

Kerja Pengesahan Sempadan Tanah


Kita pecahkan kepada beberapa kumpulan pasukan ukur. Setiap pasukan ukur diberi bahagian tugas dan tumpuan kerja yang harus disiapkan. Ini adalah kerja pengesahan sempadan tanah atau yang kita sebut 'boundary demarcation'. Dengan kaedah ini maka kerja-kerja ukur dapat disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Sudah tentu ini sangat memuaskan hati client.