Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 4 April 2018

Jumaat, 16 Mac 2018

Maksud EIA

Definisi EIA = Environmental Impact Assessment.

Apakah itu Penilaian Impak Alam Sekitar “Environmental Impact Assessment” ( EIA )? 

Menurut United Nations Environmental Programme - UNEP (1979), EIA adalah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan yang menuntut keperluan adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan.

Penilaian impak Alam Sekitar (EIA)

EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.

EIA satu pendekatan yang meyeluruh atau holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan denganpemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti.

Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan, maka pemaju mestilahmenyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam EIA.

Apakah contoh projek yang memerlukan kelulusan EIA?

Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian
i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar
ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan
i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah
i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur
i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan
i. Pembinaan pelabuhan




Sumber: 
https://lestary2u.wordpress.com/2012/03/01/penilaian-impak-alam-sekitar-eia/
http://ifeanesilval.blogspot.my/2011/03/penilaian-impak-alam-sekitar-eia.html