Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 9 Jun 2019

Cadastral Reference Marks (CRM) kundasang


Satu daripada banyak tempat di bumi Sabah yang memiliki pemandangan indah adalah di Kundasang. kebetulan site pada kali ini terletak di kundasang. Lihatlah pada gambar betapa mempesona sekali melihat alam semulajadi disini. Bentuk muka bumi yang tinggi dan iklim yang sejuk membuatkan suhu badan kesejukan. 

Menjalankan pengukuran disini keringat cepat kering. Namun begitu penat tetap dirasai.  CRM dibuat untuk tujuan kawalan terabas pada lot yang mahu disukat. 

Hujan yang tiba-tiba turun dengan lebat menyebabkan tanah bukit menjadi licin. Kami sentiasa berhati-hati ketika mendaki dan menuruni bukit. Pemandangan yang indah disini dapat memberi terapi minda menjadi lebih tenang dari hingar bingar kota.

Anggota pasukan bekerja dengan rajin dan gigih agar kerja dapat disiapkan mengikut jadual masa yang sudah dirancang. Syukur, semuanya telah berjalan dengan lancar.

Selasa, 4 Jun 2019

Pengukuran Tanah Kundasang Untuk Geran Native Title


Senyuman lebar tanda gembira dapat dilihat daripada raut wajah tuan tanah sambil menyambut kehadiran kami ke tempat mereka bagi tujuan memulakan pengukuran tanah lot miliknya. 

Ditambah lagi pemandangan yang indah dan mempesona di Kundasang menyerikan lagi pertemuan kami pada saat itu. 

Status permohonan tanah ini sebenarnya telah lama diluluskan dalam mesyuarat LUC.  Jika tidak silap Permohonan tanah (P.T) atau Land Application (L.A) telah diluluskan pada tahun 1992 lagi. Namun tidak ada gerakan susulan yang dilakukan pada ketika itu. Mungkin juga disebabkan oleh kesibukan kerja atau sebagainya.

Tahun 2019 ini menjadi mimpi indah kepada si pemilik apabila ada tindakan susulan yang dilakukan, beberapa urusan telah dibuat. Setelah itu pengeluaran fail Register Survey Paper (RSP) dibuat permohonan melalui Pejabat Ukur Berlesen atau Licensed Survey (LS) kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). 

Tidak dinafikan telah ramai yang patah hati dalam pengurusan tanah hingga menimbulkan sangkaan-sangkaan buruk terhadap sesuatu organisasi pejabat. 

Kita selalu dengar keluhan pemohon tentang permohonan mereka yang lambat diproses untuk tujuan pemilikan geran tanah. Sebenarnya proses untuk meluluskan pengukuran tanah sekaligus memberi geran tanah kepada pemohon mengambil masa juga. 

Berapa tempoh masa (lama) itu bergantung pada kendalian pegawai atau kakitangan yang bertugas di unit berkenaan.  Namun saya percaya telah ada garispanduan masa untuk menyiapkan bagi kerja-kerja dalam tangan.

ISO atau Fail Meja atau Manual Prosedur Kerja (MPK) adalah antara salah satu daripada banyak  dokumen penting yang menjadi panduan bagi kakitangan awam.

Jabatan yang memiliki pengiktirafan ISO merupakan sebuah organisasi yang mantap dan cemerlang.