Melaksanakan kerja Ukur Fotografi Udara (Ariel Foto) merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Bermula dari perancangan penerbangan (flight Planning) sehingga selesai kerja dilapangan seterusnya proses data adalah satu perkara yang sering dilakukan oleh pegawai ukur. Apa yang penting adalah kita dapat memberikan perkhidmatan yang paling terbaik untuk Negara.
Ahad, 22 Mac 2015
Jumaat, 13 Mac 2015
Undang-Undang Larangan Memindahkan Tanda Sempadan Tanah
PART VIII
DEMARCATION AND SURVEY
Removal of or interference with survey and land marks
160. (1) No landmark, boundary mark, trigonometrical station, semaphore or other survey mark shall be defaced, obliterated, moved, injured or otherwise impaired, destroyed or rendered useless, except by a person duly authorised thereto by the officer having control of such station or mark, and any person acting in contravention of such station or mark, and any person acting in contravention of this section shall be liable, upon conviction by a Magistrate, to the penalty provided by the Penal Code [F.M.S. Cap.45.] and may further be ordered to pay a sum not exceeding ten times the cost of repairing or replacing such station or mark and of making any survey rendered necessary by the act for which such conviction was had, the amount to be recovered by the process provided for the recovery of fines.
(2) If any person shall have occasion to require the temporary or permanent removal or alteration of any such station or mark he shall make an application in writing to that effect to the officer having control of the same, setting forth the reasons for such application, whereupon such officer may comply with such application and shall be entitled to recover from the applicant the cost of such work as may be thereby entailed.
Orang Tamak Selalu Rugi
Kisah sebuah keluarga yang miskin mahu dapatkan bahagian tanah mereka cuma luas 6 ekar sahaja daripada diterokai oleh sebuah company kaya. Namun tergendala apabila dinafikan hak mereka sedangkan company sudah mengaut keuntungan keluasan tanah hampir 900 ekar di tanah warisan keluarga orang kampung.
Akibat daripada itu maka berlakulah kesedihan, perang mulut, penindasan, tekanan, ugutan daripada company kepada keluarga tadi. Kisah ini akhirnya sampai ke pengetahuan seorang peguam yang tulus hati budinya dan setelah kes diteliti maka si peguam bersetuju memberikan khidmat guaman percuma kepada si keluarga tadi.
Di akhir kisah ini, si keluarga telah pun mendapatkan luas tanah 6 ekar yang dipertahankan. Namun nasib si company tadi semakin bertambah buruk apabila mahkamah mengarahkan 900 ekar dikembalikan kepada penduduk kampung kerana didapati cara pemilikan tanah yang tidak sah. Benarlah kata peribahasa 'Orang Tamak Selalu Rugi'...
p/s: Ini hanyalah sebuah cerita sahaja. Tidak ada kaitan dengan yang lain.
Rabu, 4 Mac 2015
Kg. Saratok, Beaufort - Land For Sale
Tanah Bergeran untuk dijual.
Luas 2.075ha
Kg. Saratok, Beaufort.
Kawasan rata.
Bersebelahan dengan ladang kelapa Sawit.
Serious Buyer:
Sila berhubung terus dengan pemilik tanah.
hp: 0168270317 (Mr. Ruskap)
Selasa, 24 Februari 2015
Tan Sri Suffian Koroh Seorang yang Mesra
Pertemuan singkat dengan Tan Sri Suffian Koroh merupakan satu pengalaman yang berharga buat diri saya. Tan Sri sememangnya seorang yang mesra dan mudah didekati. Tan Sri juga seorang yang suka berkongsi pengalaman dan memberi nasihat berguna kepada anak muda seperti saya. Di zaman mudanya Tan Sri merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran dan tekun ketika melakukan apa saja pekerjaan yang diberikan kepadanya. Menurut Tan Sri ketekunan itu ia dapat belajar melalui disiplin orang Jepun yang ketika itu berada di Sabah. Orang Jepun sangat menekankan soal ketekunan dan tumpuan ketika bekerja. Sifat inilah yang secara tidak langsung tersemai dalam diri Tan Sri.
Selain belajar daripada orang Jepun, Tan Sri juga terdidik oleh disiplin orang putih. Menurut Tan Sri orang putih ini sangat menekankan soal ketepatan masa. Pernah suatu ketika Tan Sri terlewat sampai ke kelas akibatnya Tan Sri didenda oleh cikgu orang putih. Tan Sri seorang yang suka menunggang kuda yang ketika itu kudalah yang menjadi kegemaran Tan Sri untuk pergi ke kampung kampung. Satu pengalaman menarik yang Tan Sri kongsikan apabila dia belajar english dalam hutan melalui abangnya dan cepat pula dia kuasai bahasa english pada masa itu.
kecemerlangan (kualiti) yang ada pada diri Tan Sri menyebabkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara Japan. "syukurlah saya tidak teruskan pada masa itu sebab kalau saya teruskan sudah tentu saya terbunuh ekoran serangan bom nuklear di Japan pada masa itu." kata Tan Sri.
Sedikit sebanyak mengenai Tan Sri Suffian Koroh...
Pada hari ini dalam tahun 1983 Tan Sri Suffian Koroh telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut setelah Datuk Dr. James Ongkili dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet negara. Walaupun ia menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Suffian juga dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah iaitu portfolio lamanya sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengumuman perlantikan Tan Sri Suffian sebagai Timbalan Ketua Menteri ini dibuat oleh Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di pejabatnya. Perlantikan Tan Sri Suffian ini adalah kena pada tempatnya memandangkan beliau juga adalah seorang pemimpin kanan dalam Kerajaan negeri serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran. Beliau yang menggantikan Datuk Dr. James Ongkili diyakini dapat meneruskan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri yang akan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan rakyat negeri Sabah. Dengan perlantikan Tan Sri Suffian Koroh sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada hari ini dalam tahun 1983 bukan saja akan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. James Ongkili yang berpindah menjadi menteri di peringkat pusat tetapi juga memenuhi tanggungjawab bagi mengerakkan lagi pembangunan dan kemajuan rakyat Sabah.
sumber; http://www2.arkib.gov.my/
Selasa, 17 Februari 2015
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2015
Ada Pepatah mengatakan begini, "Pilihlah Pekerjaan Yang Kamu Sukai, Maka Kamu Tidak Akan Perlu bekerja Lagi Sepanjang Sisa Hidupmu”... Siapa pun kita saat ini, apa pun yang kita miliki selagi kita bergelar manusia bekerja adalah sebahagian daripada perjalanan sepanjang hidup kita.
Di Kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan pengunjung blog Tukang Sukat Tanah yang berbangsa Cina dan juga kepada mereka yang merayakannya.. 'HAPPY CHINESE NEW YEAR 2015...GONG XI FAT CAI' .. Maju Bersama!
Di Kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan pengunjung blog Tukang Sukat Tanah yang berbangsa Cina dan juga kepada mereka yang merayakannya.. 'HAPPY CHINESE NEW YEAR 2015...GONG XI FAT CAI' .. Maju Bersama!
Ahad, 8 Februari 2015
Call Of Duty - Joint Survey And Demarcation Between Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Timur)
Sebagai pengenalan kepada anda terhadap kerja Tukang Sukat Tanah. Kami bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan bagi tujuan penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer untuk mendapatkan satu hasil kerja yang berkualiti, kemaskini dan tepat.
Langgan:
Catatan (Atom)