Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat Berpuasa Kepada Sahabat Yang Beragama Islam

Sempena bulan ramadan ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada saudara & sahabat yang beragama Islam di seluruh Malaysia. Semoga diberkati dengan kesihatan yang baik & rezeki yang melimpah.

Seperti rakan baik admin bagitahu bahawa puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata tetapi puasa itu adalah menahan daripada perbuatan sia-sia dan keji.

Sabtu, 6 Jun 2015

Penerangan Ringkas Mengenai Gempabumi Ranau

Prof. Dr. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS.
Mengenai Gempabumi Ranau:

Gempabumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi diatas fokus ini dikenali sebagai pusat gempabumi. Misalnya pusat gempabumi semalam didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempabumi terletak dibawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah. Inilah sebabnya berlaku tanah runtuh besar di gunung.

Gempabumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound). Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Ada tiga jenis sesar, iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). Dalam kes gempa di Ranau semalam, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timurlaut-baratdaya.

Selepas gegaran besar beberapa gegaran kecil, dikenali sebagai "aftershocks" atau gempa susulan berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian. Kadang kadang terdapat gegaran kecil mendahului gegaran besar dikenali sebagai "foreshocks". Setakat ini terdapat 33 gempa susulan yang direkod oleh Jabatan Metereologi akibat gempabumi semalam.

Sekitar 80% gempabumi berlaku di Jalur Lingkaran Pasifik, hasil dari pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.

Seismik merujuk kepada gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempabumi. Ada tiga jenis gelombang seismik, iaitu gelombang mampatan dikenali sebagai P (Primer), gelombang ricih S (Sekunder) dan gelombang permukaan. Gelombang P adalah yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti "spring" kereta. Ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita. Gelombang S pula bergerak turun dan naik, sementara gelombang permukaan bergerak dati kiri dan kanan. Kita-tiga gelombang ini akan dirasai hampir serentak kalau kita berada berdekatan dengan pusat gempabumi.

Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi 3 plet utama. Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia.  Di bahagian selatan Plet Australia bergerak kearah utara dengan kelajuan sekitar 7 cm per tahun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil. Gempabumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi selain berlaku gunung berapi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertembungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya. Oleh kerana Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung. Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.

Di Ranau terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet diatas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif. Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu Gunung Kinabalu tidak akan meletup. Volkano hanya terdapat di Tawau dan Semporna, dimana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawa volkano  masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km). Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempabumi semalam, air panas poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempabumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap dicelah celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Gegaran kuat seperti yang berlaku semalam akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala. Dalam kes gempabumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempabumi di Sabah belum cukup panjang.
Disediakan oleh Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS. 6/6/2015

Anggota Penyelamat dan Malim Gunung Bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.

Gambar di Puncak. Kredit to Safrey Sumping Ssp









Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Ranau 05.06.2015

Hari ini pada 05.06.2015 bersamaan pada hari jumaat ada berlaku gegaran yang kuat di rumah. Rupa-rupanya gegaran itu adalah disebabkan oleh gempa bumi yang berlaki di gunung kinabalu pada skala richter 6.0, kira-kira pukul 7.15 begitu.

Cerita Orang Tua Tua...
Sedikit cerita tentang gunung kinabalu...
Mengikut kepercayaan Kaum KDM (kadazanDusunMurut) dulu2lah kio...
kununnya semua Roh2 org yg telah meninggal dunia pasti hala tujunya utamanya perlu berisirehatkan diri di Gunung Kinabalu yg di sebut (MONGOLU) semasa dlm perjalanan roh tersebut utk mengabadikan rohnya ke Gunung Kinabalu perlu mengubit satu pohon batu kapur di satu tempat di kaki Gunung tersebut yg di sebut dlm bahasa KDM ( Pongodutan namatai) di percayai sebelum hari pengumpulan kinoringan semua roh2 tersebut beristihat di Gunung kinabalu. 

Sbb itulah tempat ini di anggap Suci bagi Kaum KDM...dan di percayai ada penunggu di Gunung tersebut yg di sebut AKI NABALU sebagai penghulu puncak tersebut dan bertanggungjawab segala hal ehwal roh2 telah bersemadi dgn tenang semetara waktu menunggu Pengumpulan semua roh2 tersebut (Hari Pengadilan) Kiamat nanti. Jadi terdapat pelbagai segala pantang larang di sepanjang perjalanan ke gunung tersebut bagi yg masih hidup ini seperti:-
  • Tidak di benarkan banyak kerenah
  • Tidak di benarkan riak dan Takbur
  • Tidak di benarkan Membuang Air besar mahupun Air kecil sembarangan.
  • Tidak di benarkan bertelanjang dgn sengaja.
  • Tidak di benarkan membuang batu ke bawah walau sekecil kuku.
  • Tidak benarkan berbuat bising.
  • Tidak di benarkanbuat Maksiat.
  • Tidak di benarkan memotong korban seperti Ayam ataubhidupan binatang 

Semua pengunjung di syorkan berhati bersih utk berniat baik agar selamat pergi dan balik dari pubcak gunung tersebut.Dan banyak lagi pantang larang.... Sama ada sinopsis cerita dongeng org tua2 ini betul kesahiannya terpulang sbb fenomena ada banyak bentuk..... seperti juga cerita tentang Hantu ...... ada yg percaya adanya hantu dan ada yg tidak percaya adanya hantu.... jika mrngikut teori Sains Hantu tidak wujud hanya perasaan dan naluri semata mata....tetapi dari teori klasik hantu wujud sbb tidak tenang atau mati tidak bersedia atau hal lain. 

So dari situ dpt kita andaikan kedua-dua fenomena antara kebetulan kerana Faktor fenomena sains kerana susulan gegaran Gunung berapi di Seluruh asia.... tapi cuba kita imbas ketika gunung Kalimanjaro dan Gunung terbesar di indonesia meletus dan gunung berapi di Filipina juga meletus.... adakah kita merasa seperti hari ini? sikit pun tidak sbb mungkin belum lahir tapi baru2 yang meletus di Filipina dan Jepun 3 tahun yg lalu ada ka kita mersa seperti hari ini...? Fikir2kanlah .... tidak salah jika kita pertimbangkan beri ruang kepercayaan tentang Roh Penjaga Gunung Kinabalu (AKI NABALU) Merasa Marah dgn Gelagat segelintir Pengunjung yg tidak bertamadun berniat TIDAK BAIK sbb tempat ini di anggap SUCI bagi kaum KDM.

Bencana kecil di pagi jumaat..org bertelanjang di atas mt kinabalu, kalau percaya pada adat itulah puncanya...kalau percaya pada sains kerak bumi la puncanya.. klo percaya pada agama itulah peringatan petanda kekuasaanya dan dunia ini semakin tua tapi fikir punya fikir, ketiga2 puncanya ada berkait rapat..renung2 la...dunia ini cuma tumpangan kita...yg pastinya dunia dan isi nya adalah ciptaan Tuhan. -from wasap.

Gambar Sebelum Kejadian Gempa Bumi ada pelancong asing berbogel
Antara Gambar Selepas Kejadian Gempa Bumi.









Rakaman Video Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu