Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 30 Ogos 2015

Salam Merdeka ke-52

Selamat Menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia. God Bless!
Merdeka ! Merdeka !Merdeka!......

Pengukuran dan Penentuan Garisan Sempadan Taman Sabah

Banjaran Crocker.

Pertikaian sempadan tanah antara tanah lot orang kampung dan garisan sempadan Taman Sabah telah membawa kami ke lokasi ini bagi tujuan tinjauan kawasan yang dimaksudkan. Kami terlebih dahulu pergi menemui kakitangan taman sabah (incaj) sebelum ke site. Di sepanjang lawatan kami pada waktu itu telah berjalan dengan baik atas kerjasama yang sangat baik diberikan oleh staf taman sabah yang peramah lagi mesra.

Keadaan bentuk muka bumi yang tinggi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada perjalanan kami menuju ke tapak lawatan ditambahkan lagi hujan yang lebat (baru berhenti) pada waktu itu menyebabkan tanah agak licin untuk di daki.

Namun seperti yang anda ketahui bahawa kami sebagai Tukang Sukat Tanah bertanggungjawab membantu melaksanakan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan bagi tujuan penyediaan infrastruktur ukur, menentu, menanda dan mengukur tanda sempadan lot tanah, sempadan Negeri, dan sempadan Antarabangsa serta menyediakan pelan dan memproses kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan secara berkomputer untuk mendapatkan satu hasil kerja yang berkualiti, kemaskini dan tepat. Sudah semestinya masalah pertikaian garisan sempadan ini akan selesai dengan baik selepas kerja pengukuran siap dijalankan sepenuhnya.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Fotografi Udara

koleksi gambar dari pandangan udara...

Isnin, 3 Ogos 2015

Jawatan Kosong di Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah

Peluang Kerjaya.

Positions :
1. Juruukur Daerah J41
2. Penolong Juruukur JA29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Penolong Akauntan W27
5. Penolong Pegawai Tadbir N27
6. Penolong Pentadbir Tanah NT27
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
9. Pembantu Pentadbir Tanah NT17
10. Pemandu Kenderaan H11

Closing Date : 07/08/2015

klik gambar untuk melihat iklan.
klik gambar untuk dapatkan borang permohonan (SPA.1 Pindaan 1/98)
klik gambar untuk dapatkan borang permohonan (SPA.1 Pindaan 1/98)


Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2015

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 Admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada keluarga & semua sahabat pengunjung blog Tukang Sukat Tanah yang beragama Islam. Semoga ceria selalu dan bergembira bersama keluarga.

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat Berpuasa Kepada Sahabat Yang Beragama Islam

Sempena bulan ramadan ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada saudara & sahabat yang beragama Islam di seluruh Malaysia. Semoga diberkati dengan kesihatan yang baik & rezeki yang melimpah.

Seperti rakan baik admin bagitahu bahawa puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata tetapi puasa itu adalah menahan daripada perbuatan sia-sia dan keji.

Sabtu, 6 Jun 2015

Penerangan Ringkas Mengenai Gempabumi Ranau

Prof. Dr. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS.
Mengenai Gempabumi Ranau:

Gempabumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi diatas fokus ini dikenali sebagai pusat gempabumi. Misalnya pusat gempabumi semalam didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempabumi terletak dibawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah. Inilah sebabnya berlaku tanah runtuh besar di gunung.

Gempabumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound). Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Ada tiga jenis sesar, iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). Dalam kes gempa di Ranau semalam, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timurlaut-baratdaya.

Selepas gegaran besar beberapa gegaran kecil, dikenali sebagai "aftershocks" atau gempa susulan berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian. Kadang kadang terdapat gegaran kecil mendahului gegaran besar dikenali sebagai "foreshocks". Setakat ini terdapat 33 gempa susulan yang direkod oleh Jabatan Metereologi akibat gempabumi semalam.

Sekitar 80% gempabumi berlaku di Jalur Lingkaran Pasifik, hasil dari pertembungan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.

Seismik merujuk kepada gelombang tenaga yang dilepaskan selepas berlaku gempabumi. Ada tiga jenis gelombang seismik, iaitu gelombang mampatan dikenali sebagai P (Primer), gelombang ricih S (Sekunder) dan gelombang permukaan. Gelombang P adalah yang paling laju dan bergerak kedepan dan kebelakang, seperti "spring" kereta. Ini yang membuat kita merasa terayun dan pening bila gempa sampai di lokasi kita. Gelombang S pula bergerak turun dan naik, sementara gelombang permukaan bergerak dati kiri dan kanan. Kita-tiga gelombang ini akan dirasai hampir serentak kalau kita berada berdekatan dengan pusat gempabumi.

Kejadian gempabumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi 3 plet utama. Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun kearah barat bertembung dengan Plet Eurasia.  Di bahagian selatan Plet Australia bergerak kearah utara dengan kelajuan sekitar 7 cm per tahun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil. Gempabumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi selain berlaku gunung berapi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertembungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya. Oleh kerana Sabah paling dekat dengan Filipina dan Indonesia (Sulawesi), maka ia menerima kesan yang lebih serius berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung. Aktivi mampatan di Sumatra yang memberi kesan kepada Semenanjung.

Di Ranau terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet diatas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif. Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu Gunung Kinabalu tidak akan meletup. Volkano hanya terdapat di Tawau dan Semporna, dimana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawa volkano  masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km). Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempabumi semalam, air panas poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempabumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap dicelah celah sesar ini. Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Gegaran kuat seperti yang berlaku semalam akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Ini biasanya berlaku secara berkala. Dalam kes gempabumi Ranau, ia berlaku sekitar 25 tahun. Yang pertama dalam ingatan kita berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. Yang kedua pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 dan terkini pada tahun 2015. Kitaran ini anggaran saja, sebab rekod sejarah gempabumi di Sabah belum cukup panjang.
Disediakan oleh Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS. 6/6/2015

Anggota Penyelamat dan Malim Gunung Bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.

Gambar di Puncak. Kredit to Safrey Sumping Ssp