Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 10 Jun 2019

CHC Reference Video HCE


Link JTUWMA.NET

Aplikasi ini adalah hasil daripada cetusan idea oleh seorang kakitangan JTU sekaligus merupakan inovasi berterusan dalam sistem bagi tujuan memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan ukur tanah.

Aplikasi ini memudahkan kepada pengguna dapat terus mengetahui kedudukan lot tanah geran melalui online menerusi link http://www.jtuwma.net/
Aplikasi ini juga boleh di install ke HP kita. 





Muka Depan Borang Permohonan Tanah


Permohonan tanah kerajaan melalui borang tanah LSF1001 oleh pemohon yang telah diluluskan untuk pengukuran lot bagi tujuan pengeluaran surat hak milik atau geran tanah. 

Betapa hati terasa sangat gembira setelah mengetahui permohonan tanah telah diluluskan dalam meeting LUC. Penantian yang telah sekian lama akhirnya menjelma disaat kita hampir melupakan.

Pengurusan tanah memanglah rumit. Ia bukanlah mudah seperti yang disangka. Hari ini mohon, esok lulus, lusa terima geran tanah. oh.. tidak.... Setiap permohonan tanah akan diteliti terlebih dahulu samaada tanah yang dipohon sesuai diberikan oleh pemohon atau pun tidak. 

Sebagai contoh, jika permohonan terletak dalam kawasan hutan simpan maka sudah pastilah permohonan ini akan ditolak kerana telah menceroboh masuk ke dalam kawasan tanah yang telah dirizabkan. 

Saya sering kongsikan kepada rakan-rakan saudara mara agar tidak mudah putus asa menjalankan urusan tanah sehingga dapat geran.

Bak kata pepatah "Cabarannya pahit, Tapi buahnya manis"... 

Sebelum menjadi kupu-kupu yang indah, betapa banyak waktu yang harus dilaluinya dalam kepompong..




Ahad, 9 Jun 2019

Gotong-Royong Membersihkan Tapak Tanah Adat (NCR)

Menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68, terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;

1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum

2. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;

3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;

4. Tanah perladangan / ternakan;

5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;

6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;

7. Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.

Cadastral Reference Marks (CRM) kundasang


Satu daripada banyak tempat di bumi Sabah yang memiliki pemandangan indah adalah di Kundasang. kebetulan site pada kali ini terletak di kundasang. Lihatlah pada gambar betapa mempesona sekali melihat alam semulajadi disini. Bentuk muka bumi yang tinggi dan iklim yang sejuk membuatkan suhu badan kesejukan. 

Menjalankan pengukuran disini keringat cepat kering. Namun begitu penat tetap dirasai.  CRM dibuat untuk tujuan kawalan terabas pada lot yang mahu disukat. 

Hujan yang tiba-tiba turun dengan lebat menyebabkan tanah bukit menjadi licin. Kami sentiasa berhati-hati ketika mendaki dan menuruni bukit. Pemandangan yang indah disini dapat memberi terapi minda menjadi lebih tenang dari hingar bingar kota.

Anggota pasukan bekerja dengan rajin dan gigih agar kerja dapat disiapkan mengikut jadual masa yang sudah dirancang. Syukur, semuanya telah berjalan dengan lancar.