Sudah terlalu lama tidak menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur ini. Setelah sekian lama, barulah hari ini minat menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur itu kembali lagi. Kalau dihitung sudah kira-kira lebih 8 tahun. ermmm... boleh tahan juga lama tu. Tiba-tiba terlintas difikiran ingin menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur. Rugi pula rasanya sebab pengalaman ukur yang lepas tidak diabadikan dalam diary ataupun dalam sebuah blog. Sekurang-kurangnya masih boleh dibaca dan diimbas kembali pengalaman-pengalaman lepas. Dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang memerlukan ilmu ukur.
Siapa sangka 8 tahun itu berlalu dalam sekelip mata saja. Jadi hari ini saya bercadang mahu mula menulis lagi dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Sambil itu mahu belajar dengan rakan-rakan yang sudah lama dalam bidang ukur ini. Maklumlah dalam bidang ukur ini ada banyak cabangnya lagi. Misalnya ukur kadaster, ukur kejuruteraan, ukur pemetaan, ukur hidrografi, Fotoudara, Lukisan pelan, ukur strata, ukur stratum dan lain-lain. Saya sendiri pun sentiasa mahu belajar perkara yang baru dan perlu dipelajari dalam bidang ukur tanah. Rasanya tidak salah kalau dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain tidak kiralah samaada rakan-rakan yang sama bidang dalam ukur tanah ataupun tidak.
Apapun, sebenarnya semua ini adalah bergantung pada sikap sendiri. Kalau rajin, akan menulis dan berkongsi. Tapi kalau rasa malas maka tiadalah post kemaskini terbaru hehe. oklah, Biar sampai disini dulu untuk hari ini. Nanti akan disambung lagi masa yang akan datang... ^_^