Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 29 Ogos 2011

Jawapan Soalan 20 mengenai Geran Tanah

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah   
17 – 20 November 2008

Soalan 20

Y.B Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjong] bertanya kepada KETUA MENTERI, kenapakah Jabatan Tanah dan Ukur sekarang mengambil masa yang lebih panjang sehingga empat (4) bulan untuk mengesahkan grant tanah untuk pinjaman bank sedangkan dahulu cuma perlu satu minggu.

Jawapan:

Tuan Speaker,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kawasan N.57 Sri Tanjong bahawa pengesahan pendaftaran transaksi yang melibatkan cagaran di atas geran tanah adalah dikendalikan oleh Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah (Central Land Registry) di Kota Kinabalu terutamanya jika ia melibatkan geran-geran CL, PL, TL atau ST. Permohonan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah Rasmi (Official Land Title Search Certificate) diminta oleh pihak peguam/firma guaman bagi pihak institusi kewangan yang berkenaan, dikemukakan kepada Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah pada masa mereka menyampaikan geran tanah serta dokumen cagaran (charge) untuk pendaftaran bersama-sama dengan permintaan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah. Dalam pada itu, pihak peguam/firma guaman sepatutnya tidak mengemukakan permintaan untuk mendapatkan Sijil Penyiasatan Geran Tanah sehingga cagaran berkenaan selessai didaftarkan. Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah tidaklah dapat mengeluarkan Sijil Penyiasatan Geran Tanah yang diperlukan sehingga pendaftaran cagaran telah selesai. Untuk kes-kes tersebut di atas, permohonan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah adalah proses serentak dengan pemprosesan untuk pendaftaran “Memorandum of Charge” dan akan dikeluarkan apabila pendaftaran selesai. Pada kebiasaannya, masa yang diambil ialah diantara 8 hingga 10 minggu daripada masa dokumen-dokumen dan permohonan pengesahan diterima sehingga dokumen-dokumen didaftarkan dan Sijil Penyiasatan Geran Tanah dikeluarkan.

Akibatnya daripada peningkatan pembangunan di seluruh Negeri, khasnya 5 tahun terakhir ini, di mana pihak para pemaju telah bermula menjual lot-lot rumah/kedai yang sedang dibina kepada para pembeli atau bakal pemilik, kebanyakan penjualan dan pinjaman dikendalikan dengan tanpa geran-geran individu bagi lot-lot yang dijual, tetapi perjanjian jual beli dan permohonan pinjaman bank terikat kepada geran asal ataupun “Master Title”. Ini bereti, jika seorang pemaju projek perumahan hendak menjual 500 lot rumah kepada para pembeli/bakal pemilik rumah yang meminjam daripada pihak bank yang berlainan, semua 500 institusi pemberi pinjaman/bank yang berkenaan akan mengemukakan Kaveat masing-masing melalui pihak peguam mereka untuk didaftarkan di atas “Master Title” yang berkenaan sebelum mereka dapat memulakan pengeluaran wang pinjaman secara berperingkat. Kebanyakan bank yang berkenaan memerlukan Sijil Penyiasatan Geran Tanah tentang status Kaveat mereka di atas “Master Title”. Masalah yang dihadapi bagi semua pihak ialah dokumen geran hanya satu sahaja, tetapi dokumen Kaveat yang diterima dari semasa ke semasa (selepas penjualan) tidaklah dapat diproses sementara waktu kerana “Master Title” yang berkenaan masih digunakan untuk pemprosesan pendaftaran Kaveat-kaveat sejenis, yang telah diterima lebih awal lagi. Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah tidak menafikan bahawa dalam keadaan ekstrim, masa yang diambil untuk pendaftaran Kaveat/pengeluaran Sijil Penyiasatan Geran tanah bagi pengesahan pendaftaran Kaveat, telah mengambil masa sampai 4 bulan bermula daripada masa penyampaian Kaveat kepada “Master Title” oleh pihak firma guaman. Pada masa ini Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah mempunyai lebih kurang 150 “Master Title” yang aktif yang sentiasa dalam tindakan seperti tersebut di atas. Geran-geran ini termasuklah “Master Title” kepada geran-geran subsidiary bagi bangunan tinggi yang bertingkat.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak 5 tahun kebalakang ini, permohonan untuk mendapatkan Sijil Penyiasatan Geran tanah telah meningkat lebih 20% dan secara purata Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah menerima lebih kurang 10,000 permohonan pada setiap tahun. Pendaftran urusniaga tanah, termasuk pengeluaran Sijil-Sijil Penyiasatan Geran Tanah dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah yang mahir dalam hal-hal urusniaga tanah. Tugas-tugas yang dikendalikan tersebut amatlah mencabar kerana sebarang kesilapan yang tidak sengaja, (i.e satu Sijil Penyiasatan Geran tanah yang disediakan dengan makluman yang salah dan disahkan oleh Pendaftar Tanah) boleh mengakibat transaksi tanah yang dilaksanakan berdasarkannya oleh pihak berkenaan, yang mana kemudiannya membawa kerugian besar kepada kerajaan dalam kes-kes yang dibawa ke Mahkamah. Di samping itu, kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah juga diamanahkan dengan tanggungjawab menjaga ketulenan dokuman-dokuman yang diterima untuk pendaftaran. Berhubung dengan perkara ini, sekumpulan kakitangan yang berpengalaman dengan urusniaga tanah telah bersara pada beberapa tahun ini dan pesaraan mereka telah mewujudkan satu kekosongan dalam satu jenis kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman, dan yang sangat diperlukan oleh Bahagian Pusat Pendaftran Tanah.

Jabatan Tanah dan Ukur sedar akan isu/permasalahan tersebut yang dihadapi oleh Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah.Dalam usaha untuk menangani isu/permasalahan tersebut, Jabatan Tanah dan Ukur sedang mengambil tindakan untuk melantik semula beberapa kakitangan yang bersara sebagai pendekatan masa jangka pendek. Kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah telah juga dibenarkan bekerja lebih masa supaya pendaftaran urusniaga tanah dan penyediaan Sijil Penyiasatan Geran Tanah dapat diproses dengan lebih cepat. Sementara itu, pengstrukturan semula kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur sedang dijalankan sebagai rancangan masa jangka panjang untuk memperbaiki system penyampaian Jabatan. Dalam pada itu, pada tahun ini Jabatan Tanah dan Ukur telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama Dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, dengan tujuan untuk memperbaiki proses pendaftaran dan juga untuk mebina system “e-Pendaftaran Tanah” dan “e-Search” bagi negeri Sabah.

Sekian...