Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 25 September 2012

Geran Komunal

Geran Komunal @ Geran komuniti



Objektif Pengeluaran Geran Komunal

  • Melindungi kepentingan anak negeri sabah ke atas tanah kerajaan disekitar kawasan perkampungan anak negeri.
  • Menyelesaikan isu tuntutan tanah hak adat anak negeri sabah tanpa melalui siasatan tanah.
  • Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang dan adil.
  • Menghalang anak negeri sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah.

Dasar Pengeluaran Geran Komunal

  • Yab. Ketua menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah kerajaan yang telah dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran geran komunal di bawah pindaan seksyen 76 ordinan tanah sabah.
  • Pemungut hasil tanah adalah pemegang amanah kepada geran komunal. 
  • Geran komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran nt/fr. Hanya anak negeri sabah yang ditakrifkan di bawah ordinan interpretasi anak negeri bab 64 yang boleh menjadi benefisiari kepada geran komunal.
  • Nama setiap benefisiari tercatat dalam geran komunal.
  • Premium dan sewa tanah tidak dikenakan ke atas geran komunal.
  • Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefisiari hanya boleh dilakukan melalui siasatan terperinci oleh penolong pemungut hasil tanah daerah berkenaan dan tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur
  • Geran komunal boleh dibangunkan secara usahasama dengan agensi kerajaan atau swasta tertakluk
  • Kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur dan persetujuan yab ketua menteri
  • Geran komunal tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.
  • Geran komunal boleh dipecah bahagi tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur.