Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 9 Februari 2013

Anak Kampung dan Tanah Adat



Anak ini merupakan penyambung generasi keluarga mereka. Tanah adat bakal diwariskan kepada anak ini lebih-lebih lagi anak ini merupakan cucu tunggal dalam keluarga mereka. Mereka memiliki sebidang tanah yang luas namun tiada  modal untuk membangunkan tanah mereka untuk tanaman komersial seperti kelapa sawit dan macam-macam lagi. Apa yang berlaku, mereka hanya mengusahakan tanaman tradisional seperti padi, sayur-sayuran, ubi keledek, halia, buah-buahan dan lain-lain lagi. Hasil daripada usaha itu, hidup mereka tidak pernah kekurangan makanan. Tapi dalam masa yang sama ekonomi keluarga mereka juga tidak pernah meningkat. Dalam perkara begini, menurut anda apakah 'hot button' yang boleh membantu keluarga ini meningkatkan ekonomi mereka dengan memiliki kelebihan tanah yang luas? Joint Venture (JV) dengan syarikat besar untuk membangunkan tanah dan berkongsi keuntungan. Namun kita bimbang kalau-kalau tanah mereka mungkin berpotensi dirampas nanti? atau mungkin anda boleh cadangkan kepada keluarga anak ini apakah cara terbaik yang patut dilakukan....


"....kami miskin bukan kerana malas! kami  miskin kerana tanah adat kami dirampas....." kira-kira menurut anda, apakah anda bersetuju penuh dengan kenyataan ini? atau anda masih tidak yakin dengan kenyataan begini. Saya yakin bahawa orang-orang yang berada dalam gambar ini merupakan mereka yang rajin dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang malas. kerana itu mereka berani tampil dengan kenyataan begini. Syabas!. 

Namun jika dilihat daripada sudut yang lain dan keadaan di tempat yang lain pula, rata-rata masih banyak tanah adat yang tidak dirampas dan masih tidak diusahakan malah menjadi tanah terbiar begitu saja kerana tidak ada lagi golongan muda seperti dalam  gambar ini yang sanggup membanting tulang mengusahakannya tetapi mereka masih tetap mampu dan tidak miskin. Kerana mereka mampulah tanah pusaka masih tidak dipedulikan dan kerana rampasan tanah menyebabkan mereka jatuh miskin kerana tidak ada lagi sumber pendapatan lain selain daripada income dari tanah adat.

Sekali lagi saya berasa amat yakin bahawa anda pasti ada cara atau langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dicadangkan keadaan masalah seperti ini tidak akan timbul lagi.. selamatkan tanah adat kita, lakukan usaha keras agar ekonomi meningkat dan kita tidak miskin atau terdesak lagi.

**********
Mengimbau kembali tentang pengalaman saya suatu ketika dulu dengan seorang client yang meminta saya untuk menjalankan  pengukuran sempadan tanah di kampung mereka. Client ini mendakwa bahawa tanah pusaka mereka telah dirampas oleh satu syarikat gergasi yang menjalankan perusahaan kelapa sawit sehingga menyebabkan mereka kini tidak ada lagi sumber pendapatan dan terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan harian..sembang punya sembang, rupanya punca syarikat itu masuk ke kampung mereka bermula daripada ada beberapa penduduk kampung itu sendiri yang telah menjalankan urusniaga tanah di kampung mereka tanpa ada pengetahuan dan persetujuan penduduk kampung. Tidak kurang juga ada yang telah menerima wang pendahuluan@ minyak daripada orang tengah syarikat supaya segala urusan dapat berjalan dengan lancar.... keadaan ini semakin hari semakin menjadi rumit dan parah apabila telah melibatkan polis dan mahkamah.

Untuk melindungi tanah adat ini, maka kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu geran  yang dipanggil geran komunal untuk tujuan perlindungan kepada tanah adat di sabah. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa Tanah Adat adalah untuk generasi baru dan bukan untuk syarikat...