Ads 468x60px

lee

Lee-JUBsbh
1918 A German engineer surveying during the First World War Acre Anak Negeri Sabah Asas Asia Geomamtic Instruments Sdn Bhd Autocad Civil 3D BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat Bahaya Baseline Processing Basic survey Bearing Borang Permohonan Tanah Negeri Sabah Bot karam C.L Cinta Tukang sukat DRONE Demarcation Dicerobohi Edisi Edition GPS GNSS GPT 700i series Gempa Bumi di Ranau Sabah Geran Komunal atau geran komuniti Geran Tanah Gunung Kinabalu Hak Tanah Adat Handheld GPS HiPer Pro GPS surveying system HiPer Pro GPS surveying system in carrying case INSTUN JUPEM JUPEM sabah Jabatan Tanah dan Ukur Jatuh dari gunung kinabalu Juruteknik Jurutera Juruukur Tanah Kakitiga Kalimantan Timur Kaya Kem Balak Kenangan Komunal Koordinat Kudat Kurup LIGS Lembaga Getah Lot Rumah Manggatal Lot tanah Malaysia Mangsa Map Mini Prisma Miskin Mitos orang tempatan N.T NCR Negeri Old Surveyor Pengesahan Pihak berkuasa tempatan Pilot Balloon Theodolite Pole Prisma Profesional Surveyor Qibla Liquid Damped Pocket Compas RCI sabah Read Tape Rezab Jalan Rizab Rood SDR Sabah Sahut Seruan Kerajaan Sejarah Selamat Tahun Baru Cina 2014 Sempadan Tanah Senaman Senarai Juruukur Berlesen Negeri Sabah Simpang Mengayau Singapura Skala Stanley London Brass Theodolite Suhakam Survey fees Tambunan Tanah Tanah Runtuh Tanah adat Tawau Theodolite with Tripod and Hardwood Tiodolit dan Penggunaannya Topcon Total Station Tribach Tripod Tukang sukat Tanah Tuntutan tanah adat UAS UAV Ukur Kejuruteraan : Masalah dan Penyelesaian Ukur Meja Ukur Rantai Ukur Terabas Tiodolit Ukur aras Ukur kejuruteraan Ukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia Indonesia Unjuran Victoria Paulsen alat ukur anggaran 1 ekar tanah bayaran ukur car topcon company daerah di sabah dakmie durian for sale gambar ilmu ukur kejuruteraan kelapa sawit keliru keningau kiraan lagu terbaik land survey latarbelakang lereng Bukit locate lot tanah luas padang bola sepak measure mini banglo model Leica operasi pelan pelancong dari German pendaki german pengesahan Sempadan Tanah perairan Kudat pertukaran unit luas dan jarak peta pokok getah sebatik sempadan sepintas lalu setting up sewa tanah sokkia tanah kosong terindah timbus tanah tuan tanah tukang sukat tukang ukur ukur ukur Tanah ukur kompas ukur pengesahan sempadan tanah unit converter program wrong person

Isnin, 1 Julai 2013

Operasi Ukur Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kaltim) bagi tahun 2013

Sejak bermula Operasi Ukur Sempadan Negara bagi tahun 2013, saya tidak berpeluang lagi untuk mengemaskini blog tukang sukat tanah dan juga membalas email daripada pengirim kerana berada dalam hutan selama beberapa bulan. Demi tugas dan bakti saya kepada Negara Malaysia yang tercinta, focus saya pada masa itu lebih tertumpu kepada kerja-kerja  ukur di sempadan Negara. Sepanjang waktu itu, saya telah curahkan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai objektif dan menghabiskan kerja pengukuran dengan sempurna. Syukur pada Tuhan atas penyertaan-Nya di sepanjang tempoh kerja pengukuran, semua kerja dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.




Daripada kota kinabalu menuju ke garisan sempadan melalui jalan kk-keningau-kalabakan-serudung laut dengan menaiki kereta land rover. Daripada Serudung laut menuju ke garisan sempadan kami pergi dengan menaiki sebuah helikopter Sabah Air.


Kehadiran askar pengiring telah memberi suntikan semangat kepada kami semua yang terlibat semasa misi pengukuran sempadan. Tugas mereka adalah menjaga keselamatan kami semasa tempoh berkhemah. Saya difahamkan bahawa mereka baru saja balik daripada berperang di kg Tanduo, Lahad Datu. Selepas menyelesaikan tugas Operasi Daulat disana mereka terus menyambung tugas Operasi Ukur di sempadan antarabangsa bersama dengan kami. Sepanjang bersama-sama dengan askar, mereka sempat berkongsikan pengalaman semasa dalam perang dengan penceroboh di lahad datu. Wira negara yang terkorban (askar) yang gugur semasa berada di medan perang merupakan salah satu daripada anggota dalam pasukan mereka yang berada di barisan hadapan iaitu pasukan charlie alfa. Saya kusyuk mendengar cerita pengalaman perang mereka yang sudah bertungkus-lumus mempertahankan keselematan negara. Syabas untuk  mereka.


Tiba di tapak perkhemahan kami terus menyediakan tempat tidur sebelum gelap. Keadaan cuaca di base camp tidak menentu memandangkan cuaca kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan pada hari yang pertama menjejakkan kaki ke Landing Pad.


Hari berikutnya kami menerima kunjungan daripada pasukan ukur negara jiran iaitu Indonesia. Semasa perjumpaan, kami telah mengadakan beberapa perbincangan dan jadual perancangan kerja sepanjang proses pengukuran dijalankan. Salah seorang daripada tim ukur Indonesia merupakan kawan lama saya semasa melaksanakan ukur sempadan pada tahun 2004 lagi. Kami saling mengimbau kenangan demi kenangan di tahun 2004 dan sesekali terselit basa basi gurau senda yang menyebabkan suasana bertambah menjadi ceria apabila disambut dengan suara orang ketawa. Suara ketawa yang terkeluar daripada mulut kami mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota tim ukur Malaysia dan anggota tim ukur Indonesia. Kami saling memahami, bertolak ansur, bertimbang rasa dan saling menjaga kepentingan antara satu sama lain bagi mengelakkan pertelingkahan terjadi. keadaan ini dapat kami kekalkan sehingga pengukuran selesai dijalankan.


Beginilah keadaan di hari pertama kerja merintis garisan sempadan Sabah - Kalimantan Timur (KALTIM). Kami saling bertukar-tukar pandangan apabila menemui halangan kerja dihadapan. Kayu yang bertanda 't' itu merupakan kedudukan batu sempadan yang menjadi rujukan anggota di barisan belakang semasa menebang kayu besar supaya arah tidak melencong ke kiri atau pun ke kanan.