Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 22 Julai 2014

Kebun Sawit 33.0 Ekar For Sale


Ladang ini telah dibangunkan dengan tanaman sawit. Sawit yang ditanam tumbuh subur sihat menghijau cukup bekalan baja. Diperlihara dengan begitu baik sekali hasilnya pokok sawit berpotensi mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagaimanapun oleh kerana begitu ghairah membangunkan sesuatu kawasan, sebuah syarikat kaya tidak sedar telah termasuk ke kawasan lot tanah penduduk kampung disitu. Ini menyebabkan bantahan dan komplen daripada penduduk yang terlibat memberi kesan sedikit sebanyak pergerakan di ladang sawit ini.

Polisi syarikat katakan mana-mana lot tanah penduduk kampung yang telah dicerobohi (tanpa disedari) pihak syarikat haruslah serahkan kawasan tersebut kepada pemilik lot tanah tanpa banyak soal dan tiada gantirugi mengenai tanaman sawit yang sudah ditanam. Namun begitu pihak syarikat perlu sahkan kedudukan lot tanah milik syarikat terlebih dahulu dan kemudian yang selebihnya itu adalah milik penduduk kampung. 

Selepas pengukuran selesai, didapati lebihan yang ada masih berbaki sebanyak 33 ekar dan semuanya telah pun dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit siap dengan teres dan akses jalan untuk kenderaan. Syarikat dengan ikhlas telah melepaskan kesemua 33 ekar itu kepada pemilik lot tanah berkenaan (penduduk kampung). Masalah pemilik lot tanah dan syarikat telah selesai.

Namun ada yang membuatkan saya berasa hairan apabila selang beberapa hari dari itu si pemilik lot ini mula buka tawaran jual beli untuk 33 ekar tadi. Tapi bukan dengan syarikat tadi tapi kepada individu. Terbuka kepada sesiapa saja yang penting boleh bagi cash kata si pemilik. Bila ditanya berapa banyak cash yang diminta si pemilik katakan angkatlah ini lot kalau ada duit cash 75K. Wow! lumayan..........