Ads 468x60px

lee

Lee-JUBsbh
1918 A German engineer surveying during the First World War Acre Anak Negeri Sabah Asas Asia Geomamtic Instruments Sdn Bhd Autocad Civil 3D BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat Bahaya Baseline Processing Basic survey Bearing Borang Permohonan Tanah Negeri Sabah Bot karam C.L Cinta Tukang sukat DRONE Demarcation Dicerobohi Edisi Edition GPS GNSS GPT 700i series Gempa Bumi di Ranau Sabah Geran Komunal atau geran komuniti Geran Tanah Gunung Kinabalu Hak Tanah Adat Handheld GPS HiPer Pro GPS surveying system HiPer Pro GPS surveying system in carrying case INSTUN JUPEM JUPEM sabah Jabatan Tanah dan Ukur Jatuh dari gunung kinabalu Juruteknik Jurutera Juruukur Tanah Kakitiga Kalimantan Timur Kaya Kem Balak Kenangan Komunal Koordinat Kudat Kurup LIGS Lembaga Getah Lot Rumah Manggatal Lot tanah Malaysia Mangsa Map Mini Prisma Miskin Mitos orang tempatan N.T NCR Negeri Old Surveyor Pengesahan Pihak berkuasa tempatan Pilot Balloon Theodolite Pole Prisma Profesional Surveyor Qibla Liquid Damped Pocket Compas RCI sabah Read Tape Rezab Jalan Rizab Rood SDR Sabah Sahut Seruan Kerajaan Sejarah Selamat Tahun Baru Cina 2014 Sempadan Tanah Senaman Senarai Juruukur Berlesen Negeri Sabah Simpang Mengayau Singapura Skala Stanley London Brass Theodolite Suhakam Survey fees Tambunan Tanah Tanah Runtuh Tanah adat Tawau Theodolite with Tripod and Hardwood Tiodolit dan Penggunaannya Topcon Total Station Tribach Tripod Tukang sukat Tanah Tuntutan tanah adat UAS UAV Ukur Kejuruteraan : Masalah dan Penyelesaian Ukur Meja Ukur Rantai Ukur Terabas Tiodolit Ukur aras Ukur kejuruteraan Ukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia Indonesia Unjuran Victoria Paulsen alat ukur anggaran 1 ekar tanah bayaran ukur car topcon company daerah di sabah dakmie durian for sale gambar ilmu ukur kejuruteraan kelapa sawit keliru keningau kiraan lagu terbaik land survey latarbelakang lereng Bukit locate lot tanah luas padang bola sepak measure mini banglo model Leica operasi pelan pelancong dari German pendaki german pengesahan Sempadan Tanah perairan Kudat pertukaran unit luas dan jarak peta pokok getah sebatik sempadan sepintas lalu setting up sewa tanah sokkia tanah kosong terindah timbus tanah tuan tanah tukang sukat tukang ukur ukur ukur Tanah ukur kompas ukur pengesahan sempadan tanah unit converter program wrong person

Jumaat, 26 September 2014

Dikatakan Tanah Adat Tapi Masih Boleh di Rampas

Tanah Adat di Negeri Sabah menurut undang-undang:

Tanah Adat tidak bergantung kepada undang-undang bertulis tetapi amalan Orang Asal yang diamalkan mereka sejak datuk moyang mereka."

Apabila wujud manusia, maka wujud Tanah Adat, "Kita lahir disitu, kita buka hutan, kita huni kawasan itu, kita hidup dan kita mati disitu.  Cara kehidupan itulah yang dikatakan Tanah Adat."

Didalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 memperuntukkan Tanah Orang Asal, "Dan kita gunakan adat tempatan untuk pergi ke Mahkamah."

Untuk ditetapkan sebagai Tanah Adat mesti wujud 3 syarat:
  • Orang yang menuntut itu mestilah Orang Asal, dan Orang Asal itu bermaksud "Tuan Rumah di Negeri ini." Kalau pendatang dari Indonesia atau Filipina, umpamanya, bukanlah Orang Asal. 
  • Tanah yang dituntut itu bukanlah tanah yang bergeran atau tanah rezab untuk penggunaan awam. Tanah itu mestilah tanah kosong.  Sebelum datangnya British dulu, tanah-tanah ini sudah didiami oleh Orang Asal, paling lama kini sudah didiami 13 generasi, kebanyakannya 6 hingga 8 generasi, ada juga 5 generasi, bahkan sebelum adanya kerajaan Orang Asal sudah berada di sana.
  • Tanah itu mestilah diusahakan oleh Orang Asal.  Tanah itu dikerjakan dan sekurang-kurangnya ada 50 pokok sudah ditanam diatas tanah itu, dan jenis pokoknya tidak ditentukan; 50 batang pisang pun sudah memadai; ada rumah didirikan diatas tanah itu, dan tanaman itu hendaklah ditanam memadai dengan 3 tahun sahaja.

Tanah adat adalah lebih kuat dari tanah geran.  Jika tanah adat diceroboh atau sudah dikeluarkan geran kepada mana-mana syarikat, geran itu boleh dibatalkan, dan keputusan ini terkandung didalam keputusan Mahkamah Persekutuan. (Dato Kong Hong Ming seorang peguam telah memperjuangkan hak tanah Orang Asal Sabah dan telah memenangkan kes-kes tanah Orang Asal sehingga ke Mahkamah Persekutuan.)














Sementara masalah rampasan tanah adat ini sedang berlaku di tiga buah kampung di daerah Ranau.

Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau (MAWASI) oleh mantan YB ERA 70-an yang kemudiaannya geran tanah tersebut dijual oleh anaknya kepada syarikat Worthy Palms Sdn Bhd (dari Selangor). Bagi saya yg terlibat secara langsung dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya oleh pihak syarikat (atau sekarang isu sedang dimainkan ialah Malaya-kebetulan syarikat yang beli dari Malaya) tetapi dari orang sendiri / Pemimpin Sendiri / YB sendiri!... dengan "bantuan" Jabatan Tanah dan Ukur.

Apa yang berlaku sangat mengecewakan kami. Banyak kata simpati dan sokongan yang kami terima. Kami juga berterima kasih kerana byk pihak (NGO terutama PACOS dan SSPR) jg tampil menyumbang idea malah tenaga dalam perjuangan kami. Sekarang ini kami sdg berjuang melalui undang2 dan pada masa yg sama kami mengharap simpati dari pihak kerajan. Berharap agar RAKYAT DIDAHULUKAN.

Melalui mahkamah, kami cuba utk mengetepikan possession order yg diperolehi oleh syarikat dengan mudahnya. Pihak kg tidak pernah menerima sebarang surat panggilan perbicaraan.SALAH SIAPA KAMI TIDAK TAHU. Kami kalah malah permohonan interim stay kami ditolak. 

Ringkasan KEPUTUSAN Hakim:
1. Kalau Geran tanah sudah keluar, Tanah Adat (NCR) tidak boleh wujud lagi;
2. Kalau tidak puas hati, SAMAN Kerajaan; dan
3. Kos RM3 ribu / Permohonan (RM6 ribu untuk 2 permohonan)..
Sekarang kami sedang membuat rayuan dan menurut peguam kami keputusan dijangka keluar pada bulan Oktober. Surat rayuan kami kpd kerajaan kami htr kpd CM, Wakil2 Rakyat kami, Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, Pemungut Hasil Tanah Ranau dan banyak Jabatan yg terlibat. Pd 2 Julai 2014 Pengarah telah meluluskan permohonan kami utk jumpa beliau. Perbualan adalah seperti berikut:
Dlm bilik mesyuarat, T. Pengarah bersama 2 pegawai dan sedang memegang dokumen yang kami htr. 
T. Pengarah: ini tanah sudah lulus lama sudah. sejak dari beluran lagi. 
Kami: Mcm mna plak? Ada sesuatu yg tdk kena bah pengeluaran geran ini. Byk bantahan kami sda buat. 1998 RSP sudah kena batal. Pihak Jab Tanah tdk ambil peduli bantahan kamikah?.......
T. P: Ko fikir kami tidak buat kerjakah? bukan kena batal tapi kawasan tanah org kg perlu dikeluarkan terlebih dahulu (dgn muka dan nada marah)
Kami: Jadi kenapa tanah kami tidak dikeluarkan? kenapa bila juruukur comp dtg menyukat, rmh, jalanraya, kolam dan kebun kami semua masuk? Tiada on the ground pengukurankah? 
T.P: Rasanya ada masalah dlm pengukuran. kena tunggu pengarah lah (kemudian call pengarah tdk lama kemudian pengarah masuk)
Pengarah: apa masalah
Kami: Ulang lagi dari A to Z.
Pengarah: Mana fail (barulah pegawai ambil fail). Cuba baca laporan pengukuran.
Pegawai : Tanah sudah diusahakan dengan tanaman seperti getah, buah-buahan dan padi. Malah banyak kawasan merupakan bekas penanaman padi
Pengarah: Siapa yg Tanam? (pegawai diam, kami pun angkat tangan). takkan itu company dtg jauh2 tanam padi. mcm mna kamu ni? Siapa sign?
Pegawai: .... (nama pegawai di Jab Tanah Ranau). 
Pengarah: Buduh. Nanti sya suruh org sya buat pemeriksaan.
Kami: buat apa periksa lagi. dlm fail ada 2 laporan pemeriksaan tdk cukupkah? 
Pengarah: biar kami buat kerja kami. kamu percaya jak kerajaan. 
Kami: selama ni kami percaya tp tengok apa jadi
Pengarah: tidak2.. sa suruh org sa masuk. jgn kamu halang. nanti lepas periksa tengok mcm mna
Kami: jadi kamu akan revoke tu geran?
Pengarah: Tengoklah mcm mna
The end

Melalui undang2 mahupun rayuan kami tdk akan putus asa. Setinggi mana pun mahkamah, kami akan pergi. Mahkamah tertinggi adalah milik sang pencipta. Kami tidak akan sesekali berundur dari perjuangan ini. Bukan setakat maruah kami yg mereka ambil malah nyawa penduduk kg krn tanah adl nyawa mereka. Hanya satu kata Perjuangan, LAWAN!.Galus Ahtoi

23.09.14 para pegawai dr Jab Tanah tiba di kg Malinsau untuk buat pemeriksaan. 24.09.14 pihak company masuk dengan 2 bas, 6 buah kereta, 1 jentolak. Sekarang ini, Syarikat masih di kg dan sgt rakus utk memusnahkan ladang getah milik penduduk Sinurai. Penduduk masih berusaha menghalang tanaman mereka dimusnahkan. Bantuan segera yg sangat kami perlukan sekarang adalah supaya Syarikat jgn dulu masuk kawasan ini. Untuk seterusnya kami minta agar geran ini dipindahkan.

Bantulah kami MP Ewon Ebin Ranau Joachim Gunsalam Masidi Manjun Datuk Faimin Kamin dan doakan agar kami menang perjuangan ini. - Ruth Allez.

Berat Tanggungjawab Wakil Rakyat.