Sampai bila pun Ibu tetap menjadi insan yang paling kita hormati dan banggakan. Dari Ibulah kehidupan kita bermula. Ibu mengandung kita selama sembilan bulan kemudian mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan kita. Selepas itu ibu sekali lagi banyak berkorban ketika membesarkan dan mengutamakan kebaikan untuk kehidupan kita. Ibu adalah satu-satunya insan yang rela memberikan apa sahaja untuk anaknya....bagi yang mengasihi seorang Ibu, melihat keadaan Ibu dalam gambar membuatkan kita rasa tidak selesa.