Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 19 November 2015

Menjejaki Tanah Pusaka keluarga Yang Hilang

Geran Tanah yang hilang dari radar keluarga kini ditemui. Tanah lot ini sudah lama diusahakan oleh keluarga dengan tanaman pokok getah. Cuma anak-anak jarang sampai ke lot tanah menyebabkan sampai satu masa anak-anak tidak tahu lagi dimana kedudukan tanah geran orang tua mereka selepas kedua orang tua mereka sudah tiada. 

Anak-anak yang berhijrah ke bandar dan jarang balik ke kampung kerana kesibukan pekerjaan tidak sedar rupa-rupanya keadaan ini sudah berlangsung lebih daripada 10 tahun. Sampai satu tahap anak-anak terpaksa juga menjejaki kedudukan tanah pusaka ini. Rugi kalau dibiarkan hilang begitu sahaja.

Proses mencari dan mengenalpasti kedudukan lot tanah merujuk dalam pelan akui Jabatan Tanah dan Ukur sememangnya perkara yang seronok buat Tukang Sukat Tanah & rakan-rakan. Walaupun ada banyak cabaran dan halangan semasa dalam hutan namun semangat kami terus membara semata-mata untuk menjejaki kedudukan tanah ini. Selepas beberapa jam berjalan akhirnya tanah ini dapat ditemui dan dapat disahkan kedudukannya dengan menyemak perbandingan nombor batu sempadan diatas tanah dan dalam pelan tanah. Sudah tentu satu berita yang amat mengembirakan buat seorang anak yang mewarisi tanah pusaka ini.