Ads 468x60px

lee

Lee-JUBsbh
1918 A German engineer surveying during the First World War Acre Anak Negeri Sabah Asas Asia Geomamtic Instruments Sdn Bhd Autocad Civil 3D BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat Bahaya Baseline Processing Basic survey Bearing Borang Permohonan Tanah Negeri Sabah Bot karam C.L Cinta Tukang sukat DRONE Demarcation Dicerobohi Edisi Edition GPS GNSS GPT 700i series Gempa Bumi di Ranau Sabah Geran Komunal atau geran komuniti Geran Tanah Gunung Kinabalu Hak Tanah Adat Handheld GPS HiPer Pro GPS surveying system HiPer Pro GPS surveying system in carrying case INSTUN JUPEM JUPEM sabah Jabatan Tanah dan Ukur Jatuh dari gunung kinabalu Juruteknik Jurutera Juruukur Tanah Kakitiga Kalimantan Timur Kaya Kem Balak Kenangan Komunal Koordinat Kudat Kurup LIGS Lembaga Getah Lot Rumah Manggatal Lot tanah Malaysia Mangsa Map Mini Prisma Miskin Mitos orang tempatan N.T NCR Negeri Old Surveyor Pengesahan Pihak berkuasa tempatan Pilot Balloon Theodolite Pole Prisma Profesional Surveyor Qibla Liquid Damped Pocket Compas RCI sabah Read Tape Rezab Jalan Rizab Rood SDR Sabah Sahut Seruan Kerajaan Sejarah Selamat Tahun Baru Cina 2014 Sempadan Tanah Senaman Senarai Juruukur Berlesen Negeri Sabah Simpang Mengayau Singapura Skala Stanley London Brass Theodolite Suhakam Survey fees Tambunan Tanah Tanah Runtuh Tanah adat Tawau Theodolite with Tripod and Hardwood Tiodolit dan Penggunaannya Topcon Total Station Tribach Tripod Tukang sukat Tanah Tuntutan tanah adat UAS UAV Ukur Kejuruteraan : Masalah dan Penyelesaian Ukur Meja Ukur Rantai Ukur Terabas Tiodolit Ukur aras Ukur kejuruteraan Ukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia Indonesia Unjuran Victoria Paulsen alat ukur anggaran 1 ekar tanah bayaran ukur car topcon company daerah di sabah dakmie durian for sale gambar ilmu ukur kejuruteraan kelapa sawit keliru keningau kiraan lagu terbaik land survey latarbelakang lereng Bukit locate lot tanah luas padang bola sepak measure mini banglo model Leica operasi pelan pelancong dari German pendaki german pengesahan Sempadan Tanah perairan Kudat pertukaran unit luas dan jarak peta pokok getah sebatik sempadan sepintas lalu setting up sewa tanah sokkia tanah kosong terindah timbus tanah tuan tanah tukang sukat tukang ukur ukur ukur Tanah ukur kompas ukur pengesahan sempadan tanah unit converter program wrong person

Jumaat, 31 Mac 2017

Reki Tanah Warisan Keluarga

Tanah yang masih berstatus state land/tanah kerajaan (tidak bergeran) biasanya mudah sekali dicerebohi oleh individu/orang berkumpulan ataupun syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. 

Mengikut cara dulu dulu, tanda sempadan seperti sungai atau alur sungai atau pokok besar atau batu besar (pampang) atau bukit atau anak bukit dan sebagainya akan dijadikan sebagai rujukan ketika pembahagian kawasan tanah dilakukan. cara ini dikatakan adalah sistem inggeris.

Selepas sudah kenalpasti kawasan masing-masing, maka si pemilik tadi perlu meneroka atau mengusahakan kawasan tanah mereka. Tanamlah apa saja jenis tanaman seperti buah-buahan atau peliharalah apa saja binatang misalnya sapi ataupun binalah bangunan misalnya pondok/sulap/rumah dan sebagainya sebagai tanda menunjukkan bahawa kawasan tanah telah ada pemiliknya dan tidak boleh suka-suka dicerebohi.

Sementara itu, mohonlah tanah ini daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) supaya dapat disukat dan geran dikeluarkan kepada si pemilik. Ianya amat baik untuk jangka masa panjang. Sejak tanda sempadan seperti batu sempadan atau kayu bulian diperkenalkan maka secara automatik sistem inggeris tidak digunakan lagi. Inilah yang dinamakan sistem Torrens sehinggalah sekarang sistem ini masih diteruskan. 

Minggu yang lepas saya berkesempatan meninjau kawasan tanah bapa saudara di kampung bagi penandaan tanda sempadan dan menentukan keluasan tanah. Kami sempat berkongsi tips mengenai cara-cara mengurus tanah geran bermula daripada permohonan hinggalah terima geran.

Masalah popular dikalangan orang kampung iaitu 'lambat terima geran tanah' daripada pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan geran juga kita ada bincangkan. Selepas diterangkan secara berperingkat-peringkat tentang proses pengeluaran geran maka kerut diwajah tadi beransur-ansur hilang disambung dengan senyuman. Saya faham bahawa itu tandanya si pendengar sudah mula mengerti.

Saya yakin selepas ini proses pengurusan tanah mereka bagi tujuan pengeluaran geran akan dapat diuruskan dengan teratur dan berkesan. Rancanglah dengan teliti pergerakan pengurusan tanah anda supaya anda tidak terlalu stress ketika dalam urusan dan tunggu hasilnya anda pasti akan bahagia heheh...