Sampai satu masa nanti setiap orang pasti akan mengimpikan satu tempat yang lebih privacy berbanding pada keadaan yang dalam istilah disebut berkongsi. Tidak kiralah samaada berkongsi tempat tinggal (satu rumah dengan family) atau berkongsi lot rumah dan sebagainya.
Keadaan itu perlahan-lahan akan berubah setelah bilangan ahli keluarga bagi keluarga yang telah berkahwin mula bertambah. Saat inilah fikiran kita mula terbuka untuk mengimpikan satu tempat yang lebih privacy. Kita impikan sebuah tempat tinggal (rumah) diatas tanah milik kita sendiri. Kerana kita akan lebih bebas melakukan apa saja aktiviti yang difikirkan perlu. Contohnya menjalankan aktiviti penternakan kah? bercucuk tanam kah? atau apa saja yang kita mahu.
Kali ini kerja penandaan lot-lot pemilik tanah di kampung karanaan, Tambunan telah dilaksanakan bagi memastikan setiap pemilik mendapat bahagian dan tentukan sempadan tanah masing-masing. Bentuk muka bumi lot tanah yang orang bilang nice ini sudah pasti bakal menjadikan tempat ini lebih excited lagi untuk didirikan rumah.
Pengagihan lot-lot tanah ini telah memudahkan tuan tanah mengurus dan merancang terhadap kegunaan ruang tanah secara efisien.