TANAH ADAT DI NEGERI SABAH
PEMBERIMILIKAN DAN PENGAMBILAN TANAH
ANAK NEGERI SABAH
Tanah
Adat (Native Customary Right) ialah hak istimewa yang diberikan kepada anak
negeri Sabah yang telah menetap dan mengusahakan tanah kerajaan untuk aktiviti
sara hidup selama tiga tahun berturut-turut dan tertakluk kepada seksyen
5,6,13- 16,65 dan 88. Masyarakat di negeri Sabah menganggap tanah adat tidak
bergantung kepada undang-undang bertulis tetapi berdasarkan amalan Orang Asal
yang diamalkan oleh mereka sejak nenek moyang mereka lagi. Apabila wujud penempatan
dan aktivitiaktiviti seharian seperti pertanian dan sebagainya maka akan wujud
Tanah Adat. Di dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 memperuntukkan Tanah
Orang Asal dan masyarakat menggunakan adat tempatan untuk pergi ke Mahkamah.
Jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak
negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hak milik tanah Native
Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45
peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberi milik di negeri
Sabah.
Untuk
ditetapkan sebagai Tanah Adat mesti wujud 3 syarat iaitu syarat pertama orang
yang menuntut itu mestilah Orang Asal dan penduduk pribumi Sabah. Syarat kedua
tanah yang dituntut itu bukan tanah yang bergeran atau tanah rezab untuk
kegunaan awam dan tanah itu mestilah tanah kosong. Sebelum kedatangan British,
tanah-tanah ini sudah didiami oleh Orang Asal. Kebanyakan penempatan telah
diduduki selama 13 generasi, 8 generasi, 6 dan 5 generasi. Tanah itu mestilah
diusahakan oleh Orang Asal dan sekurang-kurangnya terdapat 50 pokok yang telah
2 ditanam di atas tanah dan jenis tanaman adalah tidak ditetapkan. Tanaman itu
hendaklah berusia sekurang-kurangnya 3 tahun dan terdapat rumah didirikan di
tanah tersebut. Tanah adat adalah lebih kuat dari tanah geran. Jika tanah adat
diceroboh atau sudah dikeluarkan geran kepada mana-mana pihak geran itu boleh
dibatalkan Keputusan ini adalah terkandung di dalam keputusan Mahkamah
Persekutuan.
Walaupun
Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Disember 1930 tuntutan NCR masih
boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah
(PPHT) dan kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan pemilikan hartanah oleh
Anak Negeri. Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary
untuk memelihara dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah Anak Negeri.
Pemberimilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada Anak
Negeri sehingga Disember 2011 kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan
Ukur(JTU) telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah dan daripada jumlah
itu sebanyak 190,452 adalah merupakan hak milik tanah Anak Negeri (NT) yang
telah diberikan kepada Anak Negeri. Jumlah keseluruhan keluasan tanah yang
telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu,
seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini
merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang
didaftarkan di negeri Sabah.
Bagi
meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah NT kepada anak
negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan dan pengukuran
permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah. Sehingga bulan Ogos 2012,
sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan daripada jumlah itu 10,540
permohonan tanah telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC). Sebanyak 9,922 permohonan daripada 10,540 yang
telah disokong untuk diluluskan adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat
NT untuk Anak Negeri. Dari segi pewartaan tanah simpanan Anak Negeri, keluasan
tanah kerajaan yang telah diwartakan untuk kegunaan Anak Negeri seperti kawasan
perkampungan dan aktiviti pertanian ialah seluas 53,190.857 hektar. Dari segi
pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri melalui geran komunal sehingga
Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT dengan keluasan 12,777.14 hektar
telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang melibatkan tiga buah
daerah. Sebanyak 52 geran komunal dengan keluasan 23,046.07 hektar pula akan
dikeluarkan kepada seramai 5,373 benefisiari (peserta) daripada tujuh buah
daerah. Jumlah keseluruhan geran komunal yang terlibat ialah sebanyak 58 geran
komunal NT dengan keluasan 35,823.21 hektar dan melibatkan seramai 8,034
benefisiari (peserta).
Geran komunal NT tersebut terletak di sembilan buah
daerah melibatkan sebanyak 122 buah kampung. Kerajaan negeri telah merancang
untuk mengeluarkan geran komunal di beberapa kawasan di Sabah iaitu di daerah
Kota Marudu seluas 17,000 ekar, Pitas seluas 10,000 ekar, Tongod seluas 15,000
ekar dan Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagas) seluas 5,177.12
ekar. Kerajaan negeri melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri pada April 2010
telah membubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan
Mandalom secara land swap dengan tanah kerajaan demi kesejahteraan rakyat di
luar bandar khususnya anak negeri Sabah Bagi membolehkan beberapa geran komunal
dikeluarkan. Penggubalan undang-undang tanah pada 13 Disember 1930 pada zaman
pemerintahan British North Borneo Chartered Company memberi kesan besar
terhadap tuntutan NCR di negeri Sabah dan sebelum tahun 1930 4 pendudukan tanah
oleh seseorang Anak Negeri adalah secara bebas tanpa sekatan undang-undang.
Walau bagaimanapun selepas tahun 1930, pendudukan tanah kerajaan oleh seorang
anak negeri adalah tertakluk kepada Seksyen 5, Seksyen 6(1), Seksyen 65 dan
Seksyen 88 Ordinan Tanah Sabah dimana pendudukan tersebut perlu ditentu-sahkan
secara sah atau tidak sah terlebih dahulu. Jika pendudukan adalah sah dan
memenuhi kriteria Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah (definasi Hak Tanah Adat),
maka pendudukan tersebut akan dipertimbangkan dan diiktiraf sebagai pendudukan
NCR dan hak milik tanah boleh dianugerahkan. Sejak penggubalan undang-undang
tanah tersebut, kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mengguna
pakai perundangan tersebut sebagai asas untuk memutuskan sebarang tuntutan hak
tanah adat di negeri Sabah.
Jabatan
Tanah dan Ukur menerima sebanyak 615 kes tuntutan NCR isu pengambilan tanah di
negeri Sabah sejak 1997 hingga September 2012 melibatkan seramai 1,164 orang
penuntut di seluruh negeri Sabah. Daripada jumlah itu sebanyak 207 kes
diiktiraf sebagai pendudukan NCR, 70 kes telah ditolak dan 338 kes masih dalam
penyiasatan. Proses siasatan terhadap 338 kes akan dipercepatkan dengan
menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri atau PANTAS. Kehadiran PANTAS di
kampung-kampung akan membantu mengatasi masalah berkaitan tanah anak negeri di
luar bandar dengan cepat dan teratur mengikut undang-undang Ordinan Tanah
Sabah. Terdapat tanah-tanah adat di Sabah yang telah diwartakan sebagai hutan
simpan untuk aktiviti pembalakan dan pelaksanaan projek pembangunan seprti
pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya. Ada juga syarikat swasta yang
memohon tanah - tanah adat ini bagi tujuan pembukaan projek pertanian secara
besar-besaran. Terdapat 5 kes-kes pewartaan dan pengambilan tanah adat tersebut
berlaku di luar pengetahuan orang asal yang sudah lama menduduki dan
mengusahakan tanah tersebut. Apabila mengetahui bahawa tanah adat telah
dirampas dan mereka diikhtiraf sebagai menduduki tanah adat mereka secara haram
kerana tanah tersebut bukan milik mereka secara sah. Kes-kes sebeginilah yang
banyak menimbulkan isu dan kemarahan penduduk tempatan kepada agensi yang
terlibat. Walau bagaimanapun, setelah timbul isu dan konflik, beberapa kajian
telah dibuat oleh pakar dan didapati orang asal di Sabah mempunyai harapan
untuk mendapatkan kembali tanah mereka dengan keistimewaan sebagai Anak Negeri
melaui prosedur yang betul.
Menurutnya
pakar yang mengkaji kesan sosial hak asasi orang asal di negeri ini kebanyakan
tanah adat di Sabah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk tujuan hutan simpan
selepas pewartaan Enakmen Hutan 1968 iaitu semua tanah yang diwartakan sebagai
hutan simpan tidak boleh didiami dan diusik oleh mana-mana pihak. Ini bermaksud
tanah tersebut bukanlah milik mana-mana individu dan rakyat masih boleh
menuntut tanah tersebut kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga
kepentingan dan hak asasi orang asal. Walau bagaimanapun terdapat pandangan
yang menyatakan bahawa orang asal yang tidak mempunyai geran tidak akan
diiktiraf kerana mereka tiada dokumen jelas untuk membuktikan bahawa mereka
adalah pemilik, manakala pihak kerajaan mempunyai hak terhadap tanah tersebut
selepas sahaja pewartaan.
Di sinilah timbulnya konflik di antara orang asal dan
pihak kerajaan kerana tiada kajian terperinci dilakukan sebelum pewartaan, di
mana orang asal tidak diberitahu (di peringkat awal) tanah adat mereka akan
dijadikan hutan simpan. Apabila pewartaan berlaku, maka banyaklah syarikat
pembalak yang diberikan lesen untuk menebang pokok di kawasan hutan simpan,
dalam masa yang sama orang asal terkejut kerana berlaku pencerobohan ke atas
tanah mereka, walhal kalau dalam undang-undang orang asal berada di pihak salah
kerana menurut undang-undang yang terkandung dalam Enakmen Hutan 1968, orang
yang tinggal dan bercucuk-tanam di dalam hutan simpan adalah bersalah.
Walau
bagaimanapun menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68, terdapat tujuh
(7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;
1.
Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum
2.
Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di
antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
3.
Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang
mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada
Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
4.
Tanah perladangan / ternakan;
5.
Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturutturut;
6.
Tanah perkuburan atau tempat keramat;
7.
Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.
Tanah
Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara
turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66
dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68. Walaupun negara kini pesat dalam pembangunan,
pihak kerajaan seharusnya menjaga kepentingan orang asal. Setiap projek yang
dilakukan kerajaan di atas tanah adat perlulah mengikuti dua langkah sebelum
memulakannya iaitu mengerjakan Pre-Feasibility Studies dan Free, Prior and
Informed Consent (FPIC) yang melibatkan orang asal agar konsep keseluruhan
projek dapat difahami.
Kedua-dua Pre-Feasibility Studies dan Free, Prior dan
Informed Consent (FPIC) ini bukan sahaja mengkehendaki pihak kerajaaan untuk
membuat kajian sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mewartakan apa-apa ke atas
tanah yang melibatkan orang asal, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk
turut serta dalam projek tersebut dari awal, di mana mereka perlu disokong dan
diberi panduan untuk meneruskan projek yang diusahakan. Contohnya projek
inisiatif pelancongan dan pemuliharaan yang dilakukan oleh Orang Sungai di Batu
Putih, Kinabatangan yang bermula pada 1997 telah hampir 10 tahun mendapat
bantuan dari segi penjagaan ekosistem, dan kini mereka boleh melakukan sendiri
dengan jayanya. Maknanya kedua-dua langkah Pre-Feasibility Studies dan Free,
Prior dan Informed Consent (FPIC) ini perlulah memberikan kuasa kepada orang
asal untuk membuat keputusan di kawasan tanah adat mereka sebelum melakukan
apa-apa. Kejayaan ini akan menjadi contoh dan bukti kepada penduduk asal dan
projek seterusnya pasti mendapat sokongan mereka.
Tatacara
membuat rayuan dan hak-hak tuan tanah yang boleh diambil kira dalam
menyelesaikan isu tuntutan. Kaedah penilaian dalam menentukan jumlah pampasan,
isu-isu dalam penentuan pampasan dan tatacara membuat rayuan terhadap
pengambilan tanah. Tuntutan oleh pemilik tanah untuk mendapat ganti rugi yang
bersesuaian hendaklah berasas (nilai pasaran yang merangkumi tanah dan bangunan
serta tanaman atau jenis zon guna tanah, hal pecah pisah yang akan
mengakibatkan susut nilai kepada tanah yang tidak diambil, penambahan nilai
kepada sisa tanah yang tidak diambil, penjejasan seperti kerosakan dan
tindakan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, gangguan semasa proses
pengambilan tanah dan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan
negatif kepada pemilik tanah.
Isu yang perlu diketahui dalam kes pengambilan
tanah. Isu ini sangat mustahak untuk diketahui. Sebab, kebanyakan penilai lebih
bergantung kepada penilaian secara subjektif dan boleh dipengaruhi seperti
pandangan penilai hartanah mengenai harta dan persekitaran, deskripsi harta
dari segi ciri-ciri fizikal, jual beli tanah yang berhampiran dan jenis zon
kegunaan tanah di sekeliling. Walaupun nilai pasaran tanah dianggap memadai dan
adil serta menepati kehendak prinsip kesamaan sebelum dan selepas pengambilan,
nilai tanah biasanya ditentukan oleh juru nilai tanah. Dengan itu, pengetahuan
asas oleh pemilik tanah mengenai cara penentuan nilai tanah adalah penting
sebagai salah satu cara untuk memudahkan rundingan. contoh kes pembicaraan
mahkamah turut dipersembahkan dan sudah tentu kes-kes ini dapat memberi rujukan
dan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.
Kesimpulannya,
Kerajaan negeri sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary sedaya yang
boleh dalam pemberimilikan tanah dan pembicaraan tuntutan tanah adat kepada
anak negeri sabah. Aspek perundangan mengenai hak pemilik tanah dan bagaimana
aspek undang-undang tersebut boleh diguna pakai sebagai alat untuk rundingan
mengikut lunas-lunas perundangan yang sedia ada. Jabatan Tanah dan Ukur akan
sentiasa menjaga kepentingan dan mengambil perhatian serius terhadap
penyelesaian isu permohonan tanah oleh anak negeri Sabah dari masa ke semasa.
Berikut
merupakan isu-isu Pemberimilikan Tanah Anak Negeri Sabah PACOSTRUST[15JUN2006]
DISKRIMINASI PIHAK KERAJAAN TERHADAP
PENDUDUK ASAL/ANAK NEGERI DI SABAH KE ATAS PEMILIKAN TANAH KHUSUSNYA HAK TANAH
ADAT ANAK NEGERI(NCR)
Mesyuarat
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti Yang Telah Diadakan
Pada 07 Ogos 2006 Memutuskan Bahawa Tidak Terdapat Diskriminasi Dalam Proses
Pemberimilikan Tanah Di Negeri Sabah.
Cadangan
Pacos Kepada Pihak Kerajaan Negeri Melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan
Rakyat Mengenai Integriti:
1.
Menghormati Pengiktirafan Terhadap Hak Tanah Adat Anak Negeri (Native
Customaryrights-NCR)
2.
Perjelaskan Prosedur Pemilikan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) Secara Telus
Dan Terbuka.
3.
Kriteria Pemilikan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR).
4.
Memastikan Agar Notis Tuntutan Hak Tanah Adat Anak Negeri (Seksyen13) Diterima
Oleh Ketua Kaum Yang Terlibat.
5.
Pemilikan Hak Tanah Adat Anak Negeri (Ncr) Diperkuatkan.
6.
Menggalakkan Pemilikan Tanah Secara Komunal (Seksyen 76 Atau 78).
7.
Mansuhkan Atau Gubal Semula Seksyen 28, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.
8.
Meningkatkan Penglibatan Masyarakat Setempat 10.
9.
Meningkatkan Kerjasama Dan Mengambil Kira Pembangunan Manusia.
10.
Penubuhan Tribunal Tanah Yang Bebas.
11.
Penyelarasan Koordinasi Antara Jabatan.
12.
Membantah Penglibatan Pihak Polis Dalam Kes Pertikaian Hak Tanah Adat Anak
Negeri (NCR).
LAPORAN SUHAKAM 2009 ISU TUNTUTAN TANAH
ADAT ANAK NEGERI SABAH KE ATAS TANAH KERAJAAN DAN HUTAN SIMPAN
[Mesyuarat
Jemaah Menteri Persekutuan 25 Jun 2010] Isu Tuntutan Tanah Adat Anak Negeri
Sabah Telah Diberi Jawapan Melalui Surat Jabatan Bertarikh 08 Julai 2010
Laporan Tuntutan Hak Tanah Anak Negeri Oleh Suhakam:
1.
Kes Kg. Tomis Jaya, Ranau Di Dalam Hutan Simpan Tonompok (Protection - Class I).
2.
Kes Pencerobohan Di Hutan Simpan Mount Pock Kelas I Dan Hutan Simpan Tanjung
Nagos Kelas I.
3.
Isu Pertikaian Tanah Di Antara Desa Highlands Sdn Bhd Dengan Penduduk Kampung
Montuki, Kundasang Daerah Ranau.
4.
Kes Pencerobohan Kaum Iban Di Hutan Simpan Ulu Kalumpang.
5.
Isu Pencerobohan Felda Ke Atas Tanah Adat Pribumi Yang Wujud Sejak 1918 Di
Tungku, Lahad Datu.
6.
Penerokaan Masyarakat Kaum Murut Di Hutan Simpan Daerah Nabawan.
7.
Isu Pertikaian Tanah Di Antara Penduduk Kampung Dengan Begaraya Sdn Bhd Di
Daerah Kota Marudu Dan Pitas.
LAPORAN SUHAKAM 2010 MEREKODKAN 824
ADUAN TUNTUTAN TANAH ADAT ANAK NEGERI SABAH (2002 - 2010) SETELAH DIKAJI HANYA
118 JUMLAH ADUAN SAHAJA YANG MEMERLUKAN TINDAKAN JABATAN TANAH DAN UKUR
Tindakan
Jabatan Tanah Dan Ukur Ke Atas 824 Aduan Tuntutan Ncr Yang Didaftar Oleh
Suhakam Tahun 2002-2010:
1.
Aduan Yang Telah Selesai Diambil Tindakan / Sedang Diambil Tindakan / Sudah
Diberi Maklum Balas 118 Aduan.
2.
Aduan Tidak Dapat Diambil Tindakan Kerana Maklumat Tidak Jelas 311 Aduan.
3.
Aduan Tidak Dapat Diambil Tindakan Kerana Tanah Yang Dituntut Termasuk Dalam
Hutan Simpan / Tanah Bergeran / Tanah Rizab Kerajaan / Agensi Kerajaan 174
Aduan.
4.
Aduan Yang Tidak Ada Kaitan Dengan Tanah 208 Aduan.
5.
Aduan Yang Terlibat Dengan Kes Mahkamah 13 Aduan.
SUHAKAM NATIONAL INKUIRI 17 JUN - 15
JULAI 2011 MENGENALPASTI ENAM (6) ISU BERKAITAN PENGELUARAN DAN SYARAT-SYARAT
GERAN KOMUNAL ISU INI TELAH DIBERI JAWAPAN MELALUI SURAT RUJUKAN L.S.C.4080.12
KLT.4(85) BERTARIKH 23 APRIL 2012
Isu
Pengeluaran Geran Komunal Melalui National Inkuiri:
1.
Tempoh Masa Yang Mencukupi Harus Diperuntukkan Bagi Sesi Dialog Dengan
Masyarakat Yang Terjejas Sebelum Pengeluaran Geran Komunal, Bukan Hanya
Bergantung Kepada Pemimpin Masyarakat Dengan Pemimpin Lain.
2.
Jabatan Tanah Dan Ukur, Sabah Harus Perlu Menyediakan Bahan-Bahan Bertulis
Dalam Menangani Kebimbangan Utama Masyarakat Mengenai Geran Komunal Dan
Memastikan Ia Disebarkan Secara Meluas.
3.
Keputusan Kolektif Yang Jelas Dalam Proses Membuat Keputusan Dan Mekanisme
Perlu Digariskan Dalam Menentukan Masyarakat Peribumi Bersetuju Ke Atas Hak
Tanah Adat Yang Jatuh Di Bawah Geran Komunal.
4.
Masyarakat Yang Terjejas Perlu Diberikan Pilihan Untuk Membangunkan Tanah Geran
Komunal Termasuklah Pengiraan Faedah Dan Dividen Yang Realistik Yang Akan
Dibayar Kepada Waris Hasil Usaha Sama Yang Dijalankan.
5.
Syarat Khas Yang Dilampirkan (Dalam Cetakan Halus Pada Akhir Setiap Geran
Komunal) Perlu Dikaji Semula Dalam Rundingan Bersama Masyarakat Yang Terjejas.
6.
Bagi Mengelak Berlakunya Pertindihan Konflik Dan Salah Faham, Garis Pemisah
dalam proses membuat keputusan dan proses meluluskan geran komunal perlu ada
buat masa ini, Jabatan Tanah Dan Ukur banyak terlibat dalam kedua-dua proses
tersebut.
Rujukan:
http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/939-inovasi-pengeluarangeran-komunal-sebagai-penyelesai-isu-ncr-di-sabah.pdf
http://www.jtu.sabah.gov.my/Publication/data/PubImages/Content/Taklimat%20Pemberimilikan%20Tanah%20Kepada%20Anak%2 0Negeri_210612.pdf
http://www.jtu.sabah.gov.my/Publication/data/PubImages/Content/Taklimat%20Pemberimilikan%20Tanah%20Kepada%20Anak%2 0Negeri_210612.pdf
(credit to)
Sumber: http://pintu.instun.gov.my/assets/file/attachment/hakie8rqPuX33wMHCmbzBgriIEL6ACis.pdf