Apa sahaja jenis kerja yang melibatkan kekuatan tenaga tidak ada yang istilahnya santai-santai atau kerja sambil lewa. Ia memerlukan fokus dan pergerakan fizikal yang banyak.
Dalam bidang ukur tanah misalnya ketika menjalankan kerja ukur kadaster atau pun ukur kejuruteraan ia amat memerlukan pergerakan yang banyak. Sebentar ke kiri, sebentar ke kanan lagi.. ke depan pula dan ke belakang lagi bergantung pada point yang diperlukan. Turun naik bukit, panjat panjat bukit sambil membawa peralatan ukur dan bekalan air dalam beg galas dan turun bukit lagi lama kelamaan kita akan jadi penat.
Jika kepenatan ini dilayan maka kita akan mula putus asa. Apabila putus asa mula menguasai fikiran maka mula akan berasa tidak senang dengan pekerjaan kita. Jika ini berlaku secara berterusan ada erti lain yang sedang mengintai iaitu kita mula melakar kegagalan di bidang kita.
Senyum Selalu Membawa Tuah...
kerana senyuman itu lahir dari hati yang gembira. Hati yang gembira adalah obat yang mujarab. Senyuman pula tidak perlu bayar apa-apa. Maka teruslah senyum walaupun tidak diminta. Sungguh sulit mengukir senyuman di muka ketika kita ditahap yang benar-benar keletihan. Namun jika senyuman di muka terukir maka ia adalah senyuman yang paling manis sekali dalam hidup kita..
hehehe...