Khamis, 21 Februari 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
Rabu, 13 Februari 2013
Sabtu, 9 Februari 2013
Anak Kampung dan Tanah Adat
Anak ini merupakan penyambung generasi keluarga mereka. Tanah adat bakal diwariskan kepada anak ini lebih-lebih lagi anak ini merupakan cucu tunggal dalam keluarga mereka. Mereka memiliki sebidang tanah yang luas namun tiada modal untuk membangunkan tanah mereka untuk tanaman komersial seperti kelapa sawit dan macam-macam lagi. Apa yang berlaku, mereka hanya mengusahakan tanaman tradisional seperti padi, sayur-sayuran, ubi keledek, halia, buah-buahan dan lain-lain lagi. Hasil daripada usaha itu, hidup mereka tidak pernah kekurangan makanan. Tapi dalam masa yang sama ekonomi keluarga mereka juga tidak pernah meningkat. Dalam perkara begini, menurut anda apakah 'hot button' yang boleh membantu keluarga ini meningkatkan ekonomi mereka dengan memiliki kelebihan tanah yang luas? Joint Venture (JV) dengan syarikat besar untuk membangunkan tanah dan berkongsi keuntungan. Namun kita bimbang kalau-kalau tanah mereka mungkin berpotensi dirampas nanti? atau mungkin anda boleh cadangkan kepada keluarga anak ini apakah cara terbaik yang patut dilakukan....
"....kami miskin bukan kerana malas! kami miskin kerana tanah adat kami dirampas....." kira-kira menurut anda, apakah anda bersetuju penuh dengan kenyataan ini? atau anda masih tidak yakin dengan kenyataan begini. Saya yakin bahawa orang-orang yang berada dalam gambar ini merupakan mereka yang rajin dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang malas. kerana itu mereka berani tampil dengan kenyataan begini. Syabas!.
Namun jika dilihat daripada sudut yang lain dan keadaan di tempat yang lain pula, rata-rata masih banyak tanah adat yang tidak dirampas dan masih tidak diusahakan malah menjadi tanah terbiar begitu saja kerana tidak ada lagi golongan muda seperti dalam gambar ini yang sanggup membanting tulang mengusahakannya tetapi mereka masih tetap mampu dan tidak miskin. Kerana mereka mampulah tanah pusaka masih tidak dipedulikan dan kerana rampasan tanah menyebabkan mereka jatuh miskin kerana tidak ada lagi sumber pendapatan lain selain daripada income dari tanah adat.
Sekali lagi saya berasa amat yakin bahawa anda pasti ada cara atau langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dicadangkan keadaan masalah seperti ini tidak akan timbul lagi.. selamatkan tanah adat kita, lakukan usaha keras agar ekonomi meningkat dan kita tidak miskin atau terdesak lagi.
**********
Mengimbau kembali tentang pengalaman saya suatu ketika dulu dengan seorang client yang meminta saya untuk menjalankan pengukuran sempadan tanah di kampung mereka. Client ini mendakwa bahawa tanah pusaka mereka telah dirampas oleh satu syarikat gergasi yang menjalankan perusahaan kelapa sawit sehingga menyebabkan mereka kini tidak ada lagi sumber pendapatan dan terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan harian..sembang punya sembang, rupanya punca syarikat itu masuk ke kampung mereka bermula daripada ada beberapa penduduk kampung itu sendiri yang telah menjalankan urusniaga tanah di kampung mereka tanpa ada pengetahuan dan persetujuan penduduk kampung. Tidak kurang juga ada yang telah menerima wang pendahuluan@ minyak daripada orang tengah syarikat supaya segala urusan dapat berjalan dengan lancar.... keadaan ini semakin hari semakin menjadi rumit dan parah apabila telah melibatkan polis dan mahkamah.Untuk melindungi tanah adat ini, maka kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu geran yang dipanggil geran komunal untuk tujuan perlindungan kepada tanah adat di sabah. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa Tanah Adat adalah untuk generasi baru dan bukan untuk syarikat...
Ukuran Pengesahan Sempadan Lot Tanah (Demarcation)
Kehangatan proses RCI yang berjalan pada masa ini menyebabkan berlaku sedikit kesukaran kepada kami semasa menjalankan pengukuran di kawasan setinggan. Kami sering didatangi oleh penduduk setinggan dengan bertanyakan soalan yang sama. Setiap daripada mereka yang datang akan bertanyakan soalan "..mau roboh suda kaini?..." atau "...bila mau roboh ni...".. mulanya kami sangat serba salah untuk memberikan jawapan ditambah lagi dengan perasaan yang sedikit khuatir kalau-kalau tersalah bagi jawapan silap haribulan parang yang jadi sasaran. kami amat pasti apabila keselesaan mereka terancam mereka maka mereka sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan dan juga tidak akan segan silu untuk membuat ancaman.
Mujurlah selepas beberapa lama berada dalam kawasan ini, kami mula berasa selesa menjalankan kerja ukuran di padang. Kehadiran seorang pakcik yang separuh abad bertemu muka dengan kami telah menghilangkan rasa prasangka buruk mereka terhadap kami. Bermula dengan sesi suaikenal dan seterusnya berlaku gurau senda kecil antara mereka dan pasukan kami menyebabkan rasa bimbang kami ketika berada di kawasan tersebut berkurangan. Walaupun begitu kami tetap berhati-hati semasa berada dalam kawasan perumahan setinggan. Ini kerana mereka ini bukanlah orang tempatan atau bumiputra sabah kerana mereka mempunyai budaya yang tersendiri yang mana kami sendiri tidak tahu.
Dalam kerja ukur, pelan tanah sangat memainkan peranan penting dalam penyukatan kerana ia akan memberikan panduan demi panduan agar tidak berlaku kesalahan semasa kerja pengukuran dijalankan. Kami sedang meneliti kedudukan lot tanah dalam pelan lokasi supaya tiada keraguan atau pertikaian yang timbul dikemudian hari.
Satu tips yang ingin saya kongsikan kepada anda yang belum tahu. Sekiranya anda sedang mencari tanda sempadan lama dan kebetulan lokasi itu mempunyai pagar. Cubalah mencari disepanjang pagar tersebut manatau masih ada tanda semapadan yang masih wujud. Kerana lazimnya kedudukan pagar yang di pasang merupakan sempadan antara dua lot bersebelahan. Tidak salah kalau mencuba ^_^
Penemuan dua tanda sempadan lama atau 'Old Stone' pada lot tersebut telah memudahkan kepada kami untuk memulakan pengukuran dipadang. Ini bermakna kami telah menemui garisan ukur yang berpotensi untuk kami jadikan sebagai datum atau rujukan untuk permulaan pengukuran.
Dua tanda lama tadi telah membawa kepada penemuan satu lagi tanda lama iaitu ' kayu balian' atau 'Old Piket'. Kini kami telah menemui tiga tanda lama dan setelah semakan bearing dan jarak dilakukan sekali lagi ternyata maklumat persis seperti yang ada dalam pelan Akui. Datum memang tiada masalah.
Proses mencari tanda sempadan di kawasan semak samun menggunakan parang memberi kepada kami peluang yang tipis untuk mendapatkannya memandangkan tanda ini betul-betul berada di dalam kawasan saluran air parit rumah setinggan.
Seperti yang kami jangkakan bahawa di kawasan ini terdapat bahaya di merata tempat. Kami terkejut apabila diberitahu bahawa wayar putih yang ada di atas tanah itu mempunyai arus elektrik. Mereka pesan kepada kami supaya tidak sembarangan menggunakan parang ketika membersihkan semak kerana takut sambungan wayar putih ini akan terpotong. Kami tidak mempersoalkan darimana mereka mendapat bekalan elektrik ini kerana secara automatik kami boleh faham bahawa inilah yang dinamakan sambungan haram. Tanpa membuang masa kami teruskan kerja kami seperti biasa.
Alat total station perlu dilindungi daripada terkena pancaran sinaran matahari yang terlalu 'heavy' kerana ia boleh mempengaruhi keputusan bacaan data iaitu bearing dan jarak. Sebaik-baiknya alat ukur ini harus dipayungkan sepanjang masa tidak kira pada musim panas terik ataupun musim hujan renyai-renyai sewaktu pengukuran dijalankan bagi memastikan jangka hayat alat ukur bertahan lama.
Jikalau anda perhatikan dalam gambar ini anda akan lihat latarbelakang alat total station merupakan satu lot rumah yang masih dalam pembinaan untuk disiapkan. Kehebatan mereka dalam sektor pembinaan ini tidak dapat dinafikan lagi apabila menurut mereka, lot rumah ini boleh disiapkan dalam masa tidak sampai satu bulan. Tidak hairanlah kalau kumpulan mereka ini mampu membina satu mini perkampungan haram yang pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Beginilah keadaan lot selepas dilukis dengan menggunakan Autocad. Pelan ukuran demarkasi ini bersedia untuk disahkan oleh Juruukur Berlesen agar pelan ini boleh dipanjangkan urusannya ke pejabat tanah sekiranya perlu.
Sabtu, 26 Januari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
GTS-220 series
TOPCON proudly announces the debut GTS-220 Series as the innovative successor to the best selling GTS-210 Series Total Stations.
The GTS-210 Series with "Waterproof" design brought revolution to the surveying industry with features and durability.
Now the new GTS-220 Series has up-graded its basic functions for distance and angle measurement in addition to maintaining superb durability against the environment.
The GTS-220 Series is also provided with a longer life battery of 10 hours, and various kinds of application programs makes surveying work quick and simple in the field.
The features included with the "All Weather" highly productive GTS-220 Series Total Stations are setting a new standard for surveying!
Model Name | GTS-223 | GTS-225 | GTS-226 | GTS-229 | ||||
TELESCOPE
| ||||||||
Length
| 150mm | |||||||
Objective Lens Diameter
| 45mm (EDM 50mm) | |||||||
Magnification
| 30 × | |||||||
Image
| Erect | |||||||
Field of View
| 1°30′ | |||||||
Resolving Power
| 2.5″ | |||||||
Minimum Focus Distance
| 1.3m | |||||||
DISTANCE MEASUREMENT
| ||||||||
Condition 1
1 prism
3 prisms
9 prisms
| 3,000m (9,900ft) 4,000m (13,200ft) 5,000m (16,400ft) | 2,000m (6,600ft) 2,700m (8,900ft) 3,400m (11,200ft) | ||||||
Condition 2
1 prism
3 prisms
9 prisms
| 3,500m (11,500ft) 4,700m (15,400ft) 5,800m (19,000ft) | 2,300m (7,500ft) 3,100m (10,200ft) 4,000m (13,200ft) | ||||||
| ||||||||
Accuracy
| ±(2mm + 2ppm× D)m.s.e. | ±(3mm + 3ppm× D)m.s.e. | ||||||
D: Measuring distance (mm) | ||||||||
Least Count in Measurement
| ||||||||
Fine Mode
| 1mm (0.005 ft.)/0.2mm (0.001 ft.) | |||||||
Coarse Mode
| 10mm (0.02 ft.)/1mm (0.005 ft.) | |||||||
Tracking Mode
| 10mm (0.02 ft.) | |||||||
Measurement Display
| 11 digits: max. display 9999999.9999 | |||||||
Measuring Time
| ||||||||
Fine Mode
Coarse Mode
Tracking Mode
| 1mm: 1.2sec. (Initial 4 sec.) 0.2mm: 2.8sec. (Initial 5 sec.) 0.7sec. (Initial 3 sec.) 0.4sec. (Initial 3 sec.) (The initial time will be different by a condition and setting EDH off time.) | |||||||
Atmospheric Correction Range
| -999.9 to +999.9ppm (By 0.1ppm) | |||||||
Prism Constant Correction Range
| -99.9 to +99.9mm (By 0.1mm) | |||||||
ANGLE MEASUREMENT
| ||||||||
Method
| Absolute Reading | |||||||
Detecting System
| H: 2 sides V: 1 side | H: 1 side V: 1 side | ||||||
Minimum Reading
| 1″/5″ (0.2 / 1mgon) | 5″/10″ (1 / 2mgon) | ||||||
Accuracy *
| 3″ (1mgon) | 5″ (1.5mgon) | 6″ (1.8mgon) | 9″ (2.7mgon) | ||||
Measuring Time
| Less than 0.3 sec. | |||||||
Diameter of circle
| 71mm | |||||||
DISPLAY
| ||||||||
Display Unit
| Dot matrix LCD 20 characters × 4 lines with Blacklight | |||||||
2sides | 1side | |||||||
Keyboard
| 10 function keys | |||||||
TILT CORRECTION (AUTOMATIC INDEX)
| ||||||||
Tilt sensor
| Dual axis | Single axis | ||||||
Method
| Liquid type | |||||||
Compensating range
| ±3′ | |||||||
Correction unit
| 1″ (0.1 mgon) | |||||||
OTHERS
| ||||||||
Instrument height
| 176mm(6.93in) | |||||||
LEVEL SENSITIVITY
| ||||||||
Circular level
| 10′ / 2mm | |||||||
Plate level
| 30″ / 2mm | 40″ / 2mm | ||||||
LASER PLUMMET : STANDARD
| ||||||||
OPTICAL PLUMMET TELESCOPE (OPTION)
| ||||||||
Magnification
| 3 × | |||||||
Focusing Range
| 0.5m to infinity | |||||||
Image
| Erect | |||||||
Field of view
(at 1.3m)
| 5°(dia.114mm) | |||||||
DIMENSIONS
| ||||||||
336(H) × 184(W) × 150(L)mm [13.2(H) × 7.2(W) × 5.9(L)in.] | ||||||||
Weight
| ||||||||
Instrument
(with battery)
| 4.9kg (10.8 lbs.) | |||||||
Plastic carryng case
| 3.2kg (7.1 lbs.) | |||||||
DURABILITY
| ||||||||
Water protection
| IPX 6 (with BT-52QA) | |||||||
Ambient temperature range
| -20°C to +50°C (-4°F to +122°F) | |||||||
BATTERY BT-52QA
| ||||||||
Output voltage
| 7.2V | |||||||
Capacity
| 2.7AH (Ni-MH) | |||||||
Maximum operating time at +20°C(+68°F)
| ||||||||
Including distance measurement
| 10 hours (12,000 points) | |||||||
Angle measurement only
| 45 hours | |||||||
Weight
| 0.3kg (0.7 lbs.) | |||||||
BATTERY CHARGER BC-27BR / 27CR
| ||||||||
Input Voltage
| AC120(BC-27BR) AC230(BC-27CR) | |||||||
Frequency
| 50 / 60Hz | |||||||
Recharging Time
(at +20°C/+68°F)
| 1.8 hours | |||||||
Operating temperature
| +10°C to +40°C (+50°F to +104°F) | |||||||
Weight
| 0.5kg (1.1 lbs.) |
Langgan:
Catatan (Atom)