Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 12 Ogos 2013

Kedudukan Lot Tanah Pada Peta Siri DNMM5201


Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Kedudukan lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Maklumat Atribute lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

Beginilah keadaan apabila layer lot tanah dan layer peta siri DNMM 5201 digabungkan bersama dengan menggunakan google earth. Kini setiap orang sudah boleh membuat rujukan melalui cara ini di internet untuk tujuan tertentu seperti merancang sesuatu pembangunan pada kawasan tertentu di masa hadapan, merancang kerja-kerja penyukatan, mengenalpasti lot-lot bersebelahan dan sebagainya. Sekiranya anda berhasrat untuk datang mahu mendapatkan Pelan Akui di jabatan tanah yang berhampiran dengan anda. Maka melakukan rujukan dengan cara ini akan lebih memudahkan anda berurusan di kaunter jabatan tanah. Tidak perlu menunggu lama lagi ketika berurusan di kaunter jabatan tanah.


Terpukau Dengan Keindahan Air Terjun


-Gambar Hiasan-
Kerja menyukat tanah pasti akan tergendala apabila bertemu dengan suasana indah seperti ini. Indahnya ciptaan Tuhan untuk kita. Menikmati keindahan air terjun di tengah hutan belantara memberikan kesegaran tenaga setelah penat menjalankan kerja menyukat tanah. Sambil menikmati 'tapau' makanan tengahari bersama dengan rakan-rakan di tepi air terjun membangkitkan lagi selera makan. Begitu manisnya pengalaman sebagai seorang tukang sukat tanah kerana dapat menikmati pelbagai keindahan alam dalam hutan yang pasti tidak akan sama dengan pengalaman orang lain.

Ahad, 11 Ogos 2013

Rujuk Lot Tanah Melalui Google Earth


Internet memang baik untuk kita apabila dimanfaatkan dengan sesungguhnya. Melalui internet kita dapat merujuk kedudukan tanah lot kita hanya dengan melihat melalui google earth saja. 



Terasa sangat 'excited' melihatnya pada hari pertama menggunakannya. Apa tidak kalau banyak lot-lot dapat dilihat daripada atas seolah-oleh sedang berada di langit. Gambar ini menunjukkan sempadan daerah yang dilihat melalui google earth.


Beginilah keadaan lot-lot yang bertaburan di atas tanah pada skala yang besar. Sungguh mudah mahu dijadikan rujukan untuk mengenalpasti kedudukan lot tanah. kenalpasti kedudukan Daerah - Kampung - Lot tanah.


Manakala beginilah keadaan lot-lot tanah dilihat dari google earth pada skala kecil. Walaupun kedudukan lokasi lot tidak berada pada posisi yang terbaik. Tetapi itu sudah cukup untuk memberi kita infomasi berkenaan dengan kedudukan lot di atas tanah.  


Maklumat keluasan lot, Plan No. , Title No. , Title Job dan sebagainya dapat di lihat terus di atas google earth seperti gambar di atas. Internet sememangnya baik untuk kita jika dimanfaatkan dengan sesungguhnya. 

Khamis, 4 Julai 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak 
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Razali Ibrahim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 
P.Waythamoorthy

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan 
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Senarai Menteri Kabinet Sabah Terkini (2013)

Berikut adalah Barisan Menteri kabinet Sabah
Senarai Menteri Kabinet Sabah 2013

Ketua Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Kementerian Kewangan
Menteri: Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Ahfang Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri: Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1. Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri: Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Yuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri: Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri: Datuk Radin Malleh (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Bin Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri: Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Binti Samat (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru)

Isnin, 1 Julai 2013

Operasi Ukur Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kaltim) bagi tahun 2013

Sejak bermula Operasi Ukur Sempadan Negara bagi tahun 2013, saya tidak berpeluang lagi untuk mengemaskini blog tukang sukat tanah dan juga membalas email daripada pengirim kerana berada dalam hutan selama beberapa bulan. Demi tugas dan bakti saya kepada Negara Malaysia yang tercinta, focus saya pada masa itu lebih tertumpu kepada kerja-kerja  ukur di sempadan Negara. Sepanjang waktu itu, saya telah curahkan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai objektif dan menghabiskan kerja pengukuran dengan sempurna. Syukur pada Tuhan atas penyertaan-Nya di sepanjang tempoh kerja pengukuran, semua kerja dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.




Daripada kota kinabalu menuju ke garisan sempadan melalui jalan kk-keningau-kalabakan-serudung laut dengan menaiki kereta land rover. Daripada Serudung laut menuju ke garisan sempadan kami pergi dengan menaiki sebuah helikopter Sabah Air.


Kehadiran askar pengiring telah memberi suntikan semangat kepada kami semua yang terlibat semasa misi pengukuran sempadan. Tugas mereka adalah menjaga keselamatan kami semasa tempoh berkhemah. Saya difahamkan bahawa mereka baru saja balik daripada berperang di kg Tanduo, Lahad Datu. Selepas menyelesaikan tugas Operasi Daulat disana mereka terus menyambung tugas Operasi Ukur di sempadan antarabangsa bersama dengan kami. Sepanjang bersama-sama dengan askar, mereka sempat berkongsikan pengalaman semasa dalam perang dengan penceroboh di lahad datu. Wira negara yang terkorban (askar) yang gugur semasa berada di medan perang merupakan salah satu daripada anggota dalam pasukan mereka yang berada di barisan hadapan iaitu pasukan charlie alfa. Saya kusyuk mendengar cerita pengalaman perang mereka yang sudah bertungkus-lumus mempertahankan keselematan negara. Syabas untuk  mereka.


Tiba di tapak perkhemahan kami terus menyediakan tempat tidur sebelum gelap. Keadaan cuaca di base camp tidak menentu memandangkan cuaca kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan pada hari yang pertama menjejakkan kaki ke Landing Pad.


Hari berikutnya kami menerima kunjungan daripada pasukan ukur negara jiran iaitu Indonesia. Semasa perjumpaan, kami telah mengadakan beberapa perbincangan dan jadual perancangan kerja sepanjang proses pengukuran dijalankan. Salah seorang daripada tim ukur Indonesia merupakan kawan lama saya semasa melaksanakan ukur sempadan pada tahun 2004 lagi. Kami saling mengimbau kenangan demi kenangan di tahun 2004 dan sesekali terselit basa basi gurau senda yang menyebabkan suasana bertambah menjadi ceria apabila disambut dengan suara orang ketawa. Suara ketawa yang terkeluar daripada mulut kami mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota tim ukur Malaysia dan anggota tim ukur Indonesia. Kami saling memahami, bertolak ansur, bertimbang rasa dan saling menjaga kepentingan antara satu sama lain bagi mengelakkan pertelingkahan terjadi. keadaan ini dapat kami kekalkan sehingga pengukuran selesai dijalankan.


Beginilah keadaan di hari pertama kerja merintis garisan sempadan Sabah - Kalimantan Timur (KALTIM). Kami saling bertukar-tukar pandangan apabila menemui halangan kerja dihadapan. Kayu yang bertanda 't' itu merupakan kedudukan batu sempadan yang menjadi rujukan anggota di barisan belakang semasa menebang kayu besar supaya arah tidak melencong ke kiri atau pun ke kanan.




Selasa, 30 April 2013

Panduan Permohonan Tanah Kerajaan atau P.T/L.A

CARTA ALIR KERJA MEMPROSES PERMOHONAN TANAH

PEMOHON
Mengemukakan Borang Permohonan Tanah (LSF.1001).
KERANI TANAH
Mendaftar Dan Merekod Pembayaran Tanah
KERANI HASIL
Pemohon Membuat Pembayaran
SEKSYEN 13
Melengkapkan Borang Ulasan Dan Seksyen 13 Dipamerkan Selama Satu Bulan Dari Tarikh Pendaftaran
PPHT
Menandatangani Semua Permohonan Tanah
JUD
JUD Akan Menyemak Sama ada Kawasan Yang Dipohon Masih Kosong Dan Boleh Di Beri  
PEGAWAI PERTANIAN
Pegawai Pertanian Member Laporan Tentang Kesesuaian Tanah Yang Dipohon
JABATAN PERHUTANAN
Pegawai Perhutanan Akan Menyemak Sama ada Kawasan  Yang Dipohon Mempunyai ‘Comercial Timber Atau Sebaliknya’.
JABATAN-JABATAN LAIN
Lain-Lain Pegawai Seperti Pegawai-Pegawai Perikanan, Pegawai Haiwan, Pegawai Kerja Majlis Daerah Juga Akan Dihubungi Untuk Mendapatkan Ulasan Jika Perlu
JAWATANKUASA PENGGUNAAN TANAH
Setelah Rekomendasi Oleh Pegawai-Pegawai Yang Berkenaan Diterima, PPHT Akan Mengemukakan Borang Permohonan Tanah Notis Seksyen 13 Beserta laporan Pegawai Berkenaan Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah.
PTU
PTU Akan Memprose Permohonan Tanah Serta Mengemukakan Kepada Setiausaha Hasil Bumi Untuk Meminta Komen Kelulusan Tentang Syarat Dalam Borang Pemohonan Tanah 
SETIAUSAHA HASIL BUMI
Memberitahu Kepada PTU Dan PPHT
PTU
Memberitahu Keputusan Keseluruhan Tentang Permohonan Tanah Kepada PPHT / JUD Seterusnya Mengarah JUD Untuk Mengeluarkan Pelan Penyukatan (SP/RSP)
JUD
JUD Atau Juruukur Private Berlesen Akan Mengukur Kawasan Dipohon
PHPT
PPHT Memberitahu Kedudukan Tanah Yang Sebenar Kepada Pemohon 
JUD
Memproses Permohonan Tanah Yang Telah Disukat Dengan Pelan Sukat Akhir Serta Nombor-Nombor Geran Deraf Bagi Kawasan Tersebut Untuk Dikemukakan Kepada PTU 
PTU
Menyediakan Geran Deraf Dan Mengemukakan Kepada PPHT 
PPHT
Melayan Geran Deraf Kepada Bakal Pemilik Untuk Ditandatangani, Dibayar Bayaran Yang Perlu Dan Seterusnya Mendaftarkan NT/FR Geran CL/PL/TL Akan Dikemukakan Kepada PTU Untuk Pendaftaran