Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 31 Mac 2017

Reki Tanah Warisan Keluarga

Tanah yang masih berstatus state land/tanah kerajaan (tidak bergeran) biasanya mudah sekali dicerebohi oleh individu/orang berkumpulan ataupun syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. 

Mengikut cara dulu dulu, tanda sempadan seperti sungai atau alur sungai atau pokok besar atau batu besar (pampang) atau bukit atau anak bukit dan sebagainya akan dijadikan sebagai rujukan ketika pembahagian kawasan tanah dilakukan. cara ini dikatakan adalah sistem inggeris.

Selepas sudah kenalpasti kawasan masing-masing, maka si pemilik tadi perlu meneroka atau mengusahakan kawasan tanah mereka. Tanamlah apa saja jenis tanaman seperti buah-buahan atau peliharalah apa saja binatang misalnya sapi ataupun binalah bangunan misalnya pondok/sulap/rumah dan sebagainya sebagai tanda menunjukkan bahawa kawasan tanah telah ada pemiliknya dan tidak boleh suka-suka dicerebohi.

Sementara itu, mohonlah tanah ini daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) supaya dapat disukat dan geran dikeluarkan kepada si pemilik. Ianya amat baik untuk jangka masa panjang. Sejak tanda sempadan seperti batu sempadan atau kayu bulian diperkenalkan maka secara automatik sistem inggeris tidak digunakan lagi. Inilah yang dinamakan sistem Torrens sehinggalah sekarang sistem ini masih diteruskan. 

Minggu yang lepas saya berkesempatan meninjau kawasan tanah bapa saudara di kampung bagi penandaan tanda sempadan dan menentukan keluasan tanah. Kami sempat berkongsi tips mengenai cara-cara mengurus tanah geran bermula daripada permohonan hinggalah terima geran.

Masalah popular dikalangan orang kampung iaitu 'lambat terima geran tanah' daripada pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan geran juga kita ada bincangkan. Selepas diterangkan secara berperingkat-peringkat tentang proses pengeluaran geran maka kerut diwajah tadi beransur-ansur hilang disambung dengan senyuman. Saya faham bahawa itu tandanya si pendengar sudah mula mengerti.

Saya yakin selepas ini proses pengurusan tanah mereka bagi tujuan pengeluaran geran akan dapat diuruskan dengan teratur dan berkesan. Rancanglah dengan teliti pergerakan pengurusan tanah anda supaya anda tidak terlalu stress ketika dalam urusan dan tunggu hasilnya anda pasti akan bahagia heheh...

Isnin, 13 Mac 2017

Pecah Geran Tanah

Ilustrasi Sahaja
Kadang-kadang kita boleh terkeliru tentang dua perkara iaitu erti pecah sempadan dan pecah bahagian tanah.

Definisi Pecah Sempadan

Misalnya, En. Amin memiliki sebidang tanah berkeluasan 1 ekar. En. Amin ada 4 orang anak lalu dipecahkan sempadan tanah tadi kepada 4 lot untuk tujuan mendirikan rumah. En. Amin masih merupakan pemilik kepada 4 lot tanah tadi yang kemudian diberikan setiap lot tadi kepada 4 orang anaknya. 

Satu lagi keadaan yang lebih kurang sama dimana tanah 1 ekar tadi dimilik oleh En. Amin dan En.Gaman (ganding nama dalam 1 geran tanah). Keadaan ini dikira hakmilik bersama (shares) lalu dipecahkan sempadan kepada 4 lot rumah. Ini bermaksud keempat-empat lot tadi masih dibawah nama En. Amin dan En. Gaman.

Pecah bahagian (Pecah Geran)

Misalnya Puan Ugou dan En. Ondu merupakan pemilik tanah yang berkeluasan 2 ekar. Masing-masing mereka memiliki shares 1/2 bahagian daripada luas tanah tadi. Lalu pecah geran dilakukan supaya Puan Ugou dan En. Ondu masing-masing mempunyai geran tanah (surat hak milik) berasingan dan setiap mereka masing-masing mendapat bahagian luas 1 ekar. 

Land For Sale at Pengalat, Papar

Jual Lot Tanah di Pengalat Papar
NT.023029567
kepada yang berminat sila terus berhubung dengan no HP ini.
+60 12-891 7858 (Mr. Albert)

Jumaat, 10 Mac 2017

Land For Sale at Tombovo Penampang

Tanan untuk di jual.
Luas 0.81Ac
No geran: NT.213045142
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi no hp ini:
01119568959

Rabu, 8 Mac 2017

Tukar Unit Jarak atau Luas Secara Online

Gunakan segala kelebihan yang ada di internet terutamanya dalam subjek pertukaran unit ukuran (jarak/luas) dalam ukur tanah. Contohnya jika anda bercadang ingin menukar jarak dalam unit meter ke kaki maka anda hanya perlu klik mana-mana gambar dibawah dan anda akan masuk ke website berkaitan. Selepas itu hanya isikan data/maklumat yang berkaitan dan lihat hasilnya. 

Mudahkah, kini anda tidak perlu fikir formula pertukaran lagi. Hanya masukkan sahaja data dan anda akan dapat jawapan dalam sekelip mata. 

Selasa, 7 Mac 2017

Land For Sale at Kampung Kimo Kimo, Kota Belud

Land For Sale
Tanah seluas 4.99 ekar.
Kg. Kimo Kimo, Kota Belud
kepada yang berminat sila terus berhubung dengan no HP ini.
+60 12-891 7858 (Mr. Albert)

Isnin, 6 Mac 2017

Land For Sale at Kg. Pomotodon Inanam

Tanah seluas 0.29 ekar.
Kg. Pomotodon Inanam
kepada yang berminat sila terus berhubung dengan no HP ini.
+60 12-891 7858 (Mr. Albert)