Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 12 April 2011

CINTA SI TUKANG SUKAT


CINTA SI TUKANG SUKAT

Ambillah GPS, carilah kedudukanku dalam Hatimu
Ambillah Total Station, ceraplah betapa jauhnya cinta ku
Ambillah alat Level, ukurlah ketinggian cinta ku
Ambillah echosounder ketahuilah kedalaman cinta ku
Setiap stesen, setiap Chainage mahupun TBM
Cinta ku terlalu besar dari misclose 1 : 10000
Terlalu besar dari 1' 15"

Aku tak segagah Batu Sempadan namun ku
Tidak seperti Bench mark lama yang sudah diragui ketinggiannya
Tidak seperti Kayu Piket yang mudah dialihkan
Aku Bagaikan No.Lot untuk diri mu
Cinta ku pada mu sekukuh Monumen GPS

Aku tidak perlukan Pelan Akui untuk mencari mu,
Aku tidak perlukan cerapan Matahari untuk mengetahui kebenaran cinta ku
Aku tidak perlu sekurang - kurangnya 4 satelit untuk menyakinkan ku
Juga tidak perlu C Corecction untuk difikirkan

Cinta ku tiada Pecah Sempadan, apatah lagi Pecah Bahagian
Cinta ku tiada Strata dan tiada Stratum
Sesungguhnya cinta ku Hak Milik Kekal,
Tiada HaK Milik Sementara
Semuanya seperti membuat Detail Survey
Simpan terus data ke dalam Total Station
Lalu di download terus ke dalam Laptop hati ku

Ambillah Batu Sempadan dan tandalah cinta mu
Ambillah cat, warnailah dan tulislah cinta mu
Hiasilah dengan petak Konkrit Simen, tulislah Namamu
Semua saat kita bersama, tulislah dalam Buku Kerja luar

Proseslah Segera memori kita bersama di dalam CDS
Paparkanlah di dalam Autocad, sematkanlah di atas kertas AO
Hiasilah dengan garisan-garisan kontor dan warna-warna
Agar cinta kita menjadi seindah output 3D Terramodel
Moga cinta kita direstui oleh Licence Surveyor, Jabatan Tanah dan JUPEM.




Rabu, 30 Mac 2011

Setelah sekian lama



Sudah terlalu lama tidak menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur ini. Setelah sekian lama, barulah hari ini minat menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur itu kembali lagi. Kalau dihitung sudah kira-kira lebih 8 tahun. ermmm... boleh tahan juga lama tu. Tiba-tiba terlintas difikiran ingin menulis dan berkongsi tentang ilmu ukur. Rugi pula rasanya sebab pengalaman ukur yang lepas tidak diabadikan dalam diary ataupun dalam sebuah blog. Sekurang-kurangnya masih boleh dibaca dan diimbas kembali pengalaman-pengalaman lepas. Dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang memerlukan ilmu ukur. 

Siapa sangka 8 tahun itu berlalu dalam sekelip mata saja. Jadi hari ini saya bercadang mahu mula menulis lagi dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Sambil itu mahu belajar dengan rakan-rakan yang sudah lama dalam bidang ukur ini. Maklumlah dalam bidang ukur ini ada banyak cabangnya lagi. Misalnya ukur kadaster, ukur kejuruteraan, ukur pemetaan, ukur hidrografi, Fotoudara, Lukisan pelan, ukur strata, ukur stratum dan lain-lain. Saya sendiri pun sentiasa mahu belajar perkara yang baru dan perlu dipelajari dalam bidang ukur tanah. Rasanya tidak salah kalau dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain tidak kiralah samaada rakan-rakan yang sama bidang dalam ukur tanah ataupun tidak. 

Apapun, sebenarnya semua ini adalah bergantung pada sikap sendiri. Kalau rajin, akan menulis dan berkongsi. Tapi kalau rasa malas maka tiadalah post kemaskini terbaru hehe. oklah, Biar sampai disini dulu untuk hari ini. Nanti akan disambung lagi masa yang akan datang... ^_^