Selamat Tahun baru 2013
Kami daripada team 'myukur' ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada anda semua pengunjung setia laman myukur.blogspot. Sudah tentu setiap daripada kita telah meletakkan satu azam baru yang besar dalam hidup kita sempena menjelang tahun baru 2013.
Kami doakan agar kesihatan kita semua akan lebih bertambah baik, bisnes semakin berjaya, rezeki semakin luas, pemikiran semakin bijak, pekerjaan semakin cemerlang, Semoga pada tahun 2013 ini kita akan lebih sukses lagi berbanding pada tahun-tahun yang telah lepas. Tuhan Memberkati kita semua Amen!
Salam Sukses untuk semua....
Monumen Tukang Sukat

Statue in front of the Texas Ranger Hall of Fame. The surveyor was George Erath, and today, there is a geocache monument at the statue.

Surveyor at RRCC in Winnipeg

Statue of Famous Japanese Surveyor Ino Tadataka

Parley overlooking Parley's Canyon

Young Surveyor Washington

Survey statue along SH 289 in Frisco

Survey Statue of Abraham Lincoln in New Salem

Surveyor at Rainfurly

Statue of Thomas Jefferson at University of Virginia

Traffic Circle Surveyor Dawson Creek Canada

Surveyor Adrian Antonisz in Netherlands

Apparently the statue of Blind Jack from Knaresborough England.
He was a blind surveyor and engineer.

Captain Vancouver Statue
Anggaran Luas 1 Ekar Tanah
Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untuk satu (1) ekar. Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.
Ukuran Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)
Ukuran Padang :
- Panjang : Minimum 90m
- Maksimum : 120m
- Lebar : Minimum 45m
- Maksimum : 90m
Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
- Panjang : Minimum 100m
- Maksimum : 110m
- Lebar : Minimum 64m
- Maksimum : 75m
Ukuran Luas:
- 1 Ekar = 0.404686 hektar
- 1 Ekar = 4046.86 meter²
- 1 Hektar = 2.47105 ekar
- 1 Meter ² = 10.7639 kaki²
- 1 Link = 0.201168 meter
- 1 Kaki = 0.3048 meter
- 1 Inci = 0.0254 meter
- 1 Meter = 3.28084 kaki
Sempadan Antarabangsa
Bertugas di Sempadan Malaysia (Sabah) - Kalimantan Timur (KALTIM)
Kami Menaiki kereta Land Rover untuk sampai ke garisan Sempadan Antarabangsa yang terhampir. Land Rover ini dipandu oleh pemandu terlatih dan berpengalaman luas sedang membawa kami sepasukan ukur melalui bekas jalan lama yang telah ditinggalkan oleh pembalak. Dengan berpandukan Handheld GPS a.k.a Garmin ia banyak membantu kami untuk sampai ke destinasi yang dituju mengikut catatan kedudukan bacaan Latitude dan Longitude (Projection WGS84) yang telah ditetapkan daripada awal perjalanan.
Kami mula mendirikan sebuah khemah ukur untuk dijadikan tempat perlindungan sepanjang melaksanakan kerja-kerja pengukuran sempadan antarabangsa.
Kami perlu menyelesaikan kerja memasang khemah sebelum hari menjadi semakin gelap. Kerana Jika hari sudah gelap dan hari telah pun gelap maka ini merisikokan kelengkapan ukur yang telah kami bawa bersama.
Masa berlalu begitu cepat sekali, kami masih bertungkus-lumus menyempurnakan tugas pertama kami iaitu mendirikan khemah ukur.
Kelihatan dapur muslim (khas untuk rakan kerja beragama Islam yang berada di perbatasan) telah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Khemah pasukan ukur daripada negara jiran iaitu Indonesia nampaknya juga telah siap sepenuhnya dan yang pasti rakan-rakan ukur KALTIM sedang berehat secukupnya selepas penat sehari suntuk mendirikan khemah ukur.
Ini pula dapur non muslim (khas untuk rakan kerja bukan beragama Islam yang berada di perbatasan). Dapur ini sedia digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Akhirnya khemah ukur kami telah berjaya disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan iaitu siap sebelum matahari terbenam.
Barang-barang yang dibawa mula dimasukkan ke dalam khemah supaya tidak tercicir apabila diperlukan dimasa akan datang.
Sebahagian barang-barang ukur yang dalam proses dimasukkan ke dalam khemah ukur. Barang-barang yang diketagorikan pentingdan sensitif diletakkan ke dalam kotak besi bertujuan mengurangkan risiko daripada terkena ancaman air hujan atau sebagainya.
Beginilah keadaan didalam khemah ukur kami dan disini saya sedang melakukan susunatur barang di tempat tidur mengikut keselesaan saya dan yang lebih penting tidak menganggu keselesaan tempat tidur rakan-rakan yang lain.
Khemah ini kami namakan ia sebagai 'pejabat' ukur. Dimana disini berlaku aktiviti-aktiviti biasa sama seperti di pejabat. Cuma yang berbeza adalah pejabat tengah hutan dan pejabat tengah bandar.
Semakan data, Hitungan data, compare data, merupakan kerja-kerja yang lazim yang dilakukan sewaktu berada di khemah ukur. Jika ada masa lapang kami akan melakukan aktiviti sendiri seperti jungle treking di kawasan berhampiran sambil 'cuba-cuba' manatau bertembung dengan binatang jinak.
Saya memilih pakaian seperti ini sebelum masuk ke dalam hutan tebal kerana saya berasa cukup selesa dengan pakaian ini ketika bergerak. Stokin panjang (stokin bola) ini juga sesuai digunakan semasa bergerak dalam hutan kerana ia banyak mambantu saya untuk mengurangkan ancaman serangan 'vampire' a.k.a Pacat yang tinggal didalam hutan. Kadang-kala apabila pacat mula menyerang terasa pula gatal dan tidak selesa. Ia sedikit sebanyak boleh menganggu kerja pengukuran dan komunikasi dengan rakan kerja kerana terpaksa me-nyah uruskan makhluk ini daripada terus menerus menghisap darah tanpa kebenaran.
Sedang melihat arah rantis@rintis yang dibuat mengikut arah bearing yang dikehendaki supaya boleh saling tampak daripada stesen ke stesen yang lain.
Kedudukan stesen kini saling tampak @ benampakan apabila terlihat kelibat rakan kerja ukur sedang melakukan clearing di stesen tersebut. Stesen yang saling tampak adalah sangat penting untuk memudahkan ukuran dijalankan tanpa perlu membuat terabas ukur.
Beginilah keadaan hutan kalimantan timur. Masa ini kami berada di bawah bukit. Oleh kerana bentuk muka bumi stesen ini sedikit berbukit maka garisan yang lebih panjang sesuai dibuat. Lagipun kerja merintis pokok tidak terlalu banyak dilakukan. Jimat tenaga.
Bersama dengan pasukan ukur negara jiran Indonesia. Di Indonesia ada sedikit berlainan dengan di Malaysia berkenaan dengan tukang sukat. Kalau di Malaysia tukang sukat ada Jabatan sendiri manakala di Indonesia merekalah tukang sukat dan dalam masa yang sama mereka adalah tentera. Itulah yang sahabat saya Pak Yunus katakan. Di sebelah paling kanan adalah askar pengiring daripada Malaysia yang setia mengiringi kami sepanjang kerja ini dilakukan. Jejaka tampan yang memakai topi berwarna hitam itu pula merupakan wakil pengiring daripada tentera nasional Indonesia (TNI). Mereka sentiasa membawa senjata api dan berwaspada setiap masa manatau berlaku apa-apa ancaman tidak kira daripada binatang buas ataupun terserempak dengan manusia berbahaya.
Data yang diperolehi sewaktu berada di padang perlu dilakukan perbandingan terus dengan pihak jiran supaya tidak berlaku 'error' atau perbezaan data ukuran semasa pengukuran dilaksanakan. Jika didapati keputusan kiraan tidak sama maka ukuran perlu dibaca semula sehinggalah memperolehi keputusan kiraan yang sama. Ini sangat penting agar tidak timbul keraguan berkaitan dengan sempadan antarabangsa kedua-dua negara.
Bergambar dengan trig atau beacon yang sudah lama ditinggalkan. Trig ini telah dibina oleh pengukur yang terdahulu. Stesen trig ini sangat penting dalam bidang ukur. Ia dijadikan rujukan setiap masa oleh tukang sukat.
Geran Komunal
Geran Komunal @ Geran komuniti
Objektif Pengeluaran Geran Komunal
- Melindungi
kepentingan anak negeri sabah ke atas tanah kerajaan disekitar kawasan
perkampungan anak negeri.
- Menyelesaikan
isu tuntutan tanah hak adat anak negeri sabah tanpa melalui siasatan
tanah.
- Menyelesaikan
isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang
dan adil.
- Menghalang
anak negeri sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan
tanah.
Dasar Pengeluaran Geran Komunal
- Yab.
Ketua menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah kerajaan
yang telah dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran geran komunal di bawah
pindaan seksyen 76 ordinan tanah sabah.
- Pemungut
hasil tanah adalah pemegang amanah kepada geran komunal.
- Geran
komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran nt/fr. Hanya anak negeri
sabah yang ditakrifkan di bawah ordinan interpretasi anak negeri bab 64 yang
boleh menjadi benefisiari kepada geran komunal.
- Nama
setiap benefisiari tercatat dalam geran komunal.
- Premium
dan sewa tanah tidak dikenakan ke atas geran komunal.
- Penambahan,
penyingkiran dan penggantian benefisiari hanya boleh dilakukan melalui
siasatan terperinci oleh penolong pemungut hasil tanah daerah berkenaan
dan tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur
- Geran
komunal boleh dibangunkan secara usahasama dengan agensi kerajaan atau
swasta tertakluk
- Kepada
kelulusan pengarah tanah dan ukur dan persetujuan yab ketua menteri
- Geran komunal
tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.
- Geran
komunal boleh dipecah bahagi tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan
ukur.
Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR)
-Gambar Hiasan-
Takrifan Hak Tanah Adat Anak Negeri Sabah (NCR) – Di bawah Seksyen 14 Ordinan Tanah Sabah:
Seorang anak negeri boleh mengemukakan tuntutan tanah adat anak Negeri secara bertulis kepada PPHT di Daerah mana tanah kerajaan dimaksudkan terletak.
7 Kriteria Hak Tuntutan Tanah Adat Anak Negeri di Bawah Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah:
- Pemilikan yang sah melalui pendudukan atau pengusahaan tanah selama 3 tahun berturut-turut.
- Tanah yang telah ditanam dengan pokok buah-buahan sejumlah 50 dan ke atas pokok dalam sehektar.
- Kawasan yang mempunyai pokok buah-buahan tumbuh berselerak, dan sago, rotan atau apa-apa tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan dapat dibuktikan bahawa ianya telah ditanam atau dijaga serta dinikmati hasilnya seolah-olah harta peribadi anak negeri tersebut.
- Kawasan padang ragut yang aktif.
- Tanah yang telah ditanam atau dibangunkan dalam tempoh masa 3 tahun.
- Tempat-tempat penyembahan atau kuburan, dan
- Kawasan yang telah dijadikan laluan manusia atau haiwan dari sungai-sungai, jalan-jalan atau rumah-rumah kemana mana kawasan yang disebut di atas.
Langgan:
Catatan (Atom)











