Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 27 Mac 2013

Kredibiliti Sangat Penting

Jangan abaikan KREDIBILITI diri anda...

Seperti yang semua orang telah sedia maklum bahawa maksud KREDIBILITI ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini atau kebolehpercayaan. Demikianlah sifat itu harus ada pada setiap orang yang menjalankan perusahaan tidak kira dalam bidang apa pun. Tanpa adanya sifat kredibiliti ini maka ia pasti akan melemahkan segala usaha yang sedang membangun.

Tukang Sukat Tanah Secara Sambilan.

Dalam bidang Ukur tanah seorang tukang sukat tanah perlulah memiliki sifat seperti ini. Tidak perlulah terlalu ghairah menerima tawaran kerja/projek daripada mana-mana pihak sekiranya tidak mampu (Jika mampu apa salahnya) melakukan kerja yang diluar daripada kebiasaan. Ini kerana keadaan begitu berpontensi berubah menjadi satu tekanan dan bebanan yang datang daripada  banyak pihak sekiranya kerja atau projek yang ditawarkan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Tumpukan sesuatu kerja sehingga selesai dan selepas itu barulah mula beralih kepada kerja yang seterusnya. Tingkatkan momentum kerja dan sentiasa bersikap jujur pada siapa saja supaya anda  kekal dilabelkan sebagai seorang yang boleh dipercayai atau diyakini oleh semua orang yang datang berurusan. Tidak mustahil projek akan datang tidak putus-putus kepada anda.

Ya memang benar, tawaran kerja akan datang tidak henti-henti apabila kredibiliti anda telah diketahui ramai. Bermula daripada melakukan projek yang kecil-kecilan sehinggalah membawa anda kepada melakukan projek besar-besaran. Mereka yang terlibat tidak akan ragu-ragu dan tidak teragak-agak untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya sepenuhnya kepada anda dalam mengendalikan projek (kerja ukur) yang mereka tawarkan. Keadaan ini sudah pasti akan memberi keselesaan pada diri anda dari segi ekonomi dan begitulah seterusnya. Ingat! semuanya bermula daripada KREDIBILITI diri yang anda tunjukkan. 

Tips: 
  • Fokus pada kerja anda
  • Bersikap positif semasa mengendalikan kerja
  • Jangan batalkan temujanji dengan client
  • Datang awal jika ada pertemuan
  • Lebih baik tidak berjanji daripada tidak menepati janji.
  • Sentiasa jujur dalam segala urusan.
  • Jangan tamak semasa menerima kerja
  • Utamakan keselamatan diri @ pasukan




Isnin, 11 Mac 2013

Askar Malaysia

Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang belum tahu kehebatan askar Malaysia.. tidak salah kalau kita tahu serba sedikit mengenai askar kita..


PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor..Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

16. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu.


itulah Askar Malaysia....

sumber ini saya dapat melalui posting 'mutual friend' di facebook

Rabu, 13 Februari 2013

Pertukaran Unit Luas dan Jarak

TUKANG SUKAT AREA CONVERTER
From:
To:
Result:
TUKANG SUKAT LENGTH CONVERTER
From:
To:
Result:
Pertanyaan yang biasa ditanya oleh kebanyakan orang kepada tukang sukat adalah mengenai pertukaran unit kepada unit yang lain. Sebagai contoh '.......kalau 100 kaki (ft) berapa panjang dalam meter (m)..?..'. atau '...Luas 1 ekar agak-agak berapa kali berapa ( Panjang x Lebar)..?'. Lazimnya dalam menentukan pembahagian tanah dalam keluarga ataupun dalam komuniti kampung pertanyaan seperti begini sering timbul untuk anggaran kasar dalam membahagikan lot.

Jadi, pada kali ini saya kongsikan kepada anda yang mungkin memerlukan cara menukarkan unit ukuran luas ataupun jarak dari satu  unit kepada unit yang lain. Anda tidak  perlu menghitung latit dan dipat untuk mendapatkan luas atau mengambil calculator untuk menghitung jarak. 

Dengan adanya program penukaran unit ini, anda hanya perlu masukkan angka/nilai yang dikehendaki dan settingkan kepada unit yang anda mahu. Kini semuanya telah menjadi lebih mudah bagi diri anda untuk menlakukan pertukaran unit.  Tidak perlu pening kepala lagi. 

Sabtu, 9 Februari 2013

Anak Kampung dan Tanah Adat



Anak ini merupakan penyambung generasi keluarga mereka. Tanah adat bakal diwariskan kepada anak ini lebih-lebih lagi anak ini merupakan cucu tunggal dalam keluarga mereka. Mereka memiliki sebidang tanah yang luas namun tiada  modal untuk membangunkan tanah mereka untuk tanaman komersial seperti kelapa sawit dan macam-macam lagi. Apa yang berlaku, mereka hanya mengusahakan tanaman tradisional seperti padi, sayur-sayuran, ubi keledek, halia, buah-buahan dan lain-lain lagi. Hasil daripada usaha itu, hidup mereka tidak pernah kekurangan makanan. Tapi dalam masa yang sama ekonomi keluarga mereka juga tidak pernah meningkat. Dalam perkara begini, menurut anda apakah 'hot button' yang boleh membantu keluarga ini meningkatkan ekonomi mereka dengan memiliki kelebihan tanah yang luas? Joint Venture (JV) dengan syarikat besar untuk membangunkan tanah dan berkongsi keuntungan. Namun kita bimbang kalau-kalau tanah mereka mungkin berpotensi dirampas nanti? atau mungkin anda boleh cadangkan kepada keluarga anak ini apakah cara terbaik yang patut dilakukan....


"....kami miskin bukan kerana malas! kami  miskin kerana tanah adat kami dirampas....." kira-kira menurut anda, apakah anda bersetuju penuh dengan kenyataan ini? atau anda masih tidak yakin dengan kenyataan begini. Saya yakin bahawa orang-orang yang berada dalam gambar ini merupakan mereka yang rajin dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang malas. kerana itu mereka berani tampil dengan kenyataan begini. Syabas!. 

Namun jika dilihat daripada sudut yang lain dan keadaan di tempat yang lain pula, rata-rata masih banyak tanah adat yang tidak dirampas dan masih tidak diusahakan malah menjadi tanah terbiar begitu saja kerana tidak ada lagi golongan muda seperti dalam  gambar ini yang sanggup membanting tulang mengusahakannya tetapi mereka masih tetap mampu dan tidak miskin. Kerana mereka mampulah tanah pusaka masih tidak dipedulikan dan kerana rampasan tanah menyebabkan mereka jatuh miskin kerana tidak ada lagi sumber pendapatan lain selain daripada income dari tanah adat.

Sekali lagi saya berasa amat yakin bahawa anda pasti ada cara atau langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dicadangkan keadaan masalah seperti ini tidak akan timbul lagi.. selamatkan tanah adat kita, lakukan usaha keras agar ekonomi meningkat dan kita tidak miskin atau terdesak lagi.

**********
Mengimbau kembali tentang pengalaman saya suatu ketika dulu dengan seorang client yang meminta saya untuk menjalankan  pengukuran sempadan tanah di kampung mereka. Client ini mendakwa bahawa tanah pusaka mereka telah dirampas oleh satu syarikat gergasi yang menjalankan perusahaan kelapa sawit sehingga menyebabkan mereka kini tidak ada lagi sumber pendapatan dan terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan harian..sembang punya sembang, rupanya punca syarikat itu masuk ke kampung mereka bermula daripada ada beberapa penduduk kampung itu sendiri yang telah menjalankan urusniaga tanah di kampung mereka tanpa ada pengetahuan dan persetujuan penduduk kampung. Tidak kurang juga ada yang telah menerima wang pendahuluan@ minyak daripada orang tengah syarikat supaya segala urusan dapat berjalan dengan lancar.... keadaan ini semakin hari semakin menjadi rumit dan parah apabila telah melibatkan polis dan mahkamah.

Untuk melindungi tanah adat ini, maka kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu geran  yang dipanggil geran komunal untuk tujuan perlindungan kepada tanah adat di sabah. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa Tanah Adat adalah untuk generasi baru dan bukan untuk syarikat...