Ads 468x60px

JLA

JLA-copy

lee

Lee-JUBsbh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 5 September 2013

Tanah Warisan Keluarga Tinggal Sekangkang kera



Hari tu ada pembahagian tanah di kampung kami. Setiap keluarga akan dapat satu lot tanah seluas 15 ekar dan tidak kurang juga ada yang mendapat keluasan lot tanah seluas 13 ekar untuk satu keluarga. Keluarga saya dikira beruntung kerana menerima lot tanah nombor 191 iaitu seluas 15 ekar.

-Gambar Hiasan-
Inilah keluarga saya. Saya ada tiga orang adik beradik. Kehidupan kami serba kekurangan. Ekonomi kami bergantung pada hasil tanaman di tanah kami. Walaupun ekonomi keluarga kami kurang baik namun kami sangat bahagia hidup bersama dalam satu keluarga. 


Adik-beradik semakin dewasa manakala kedua orang tua kami pula semakin tua. Tenaga mereka tidak lagi sekuat yang dulu untuk mengerjakan tanam-tanaman di kebun. Maka tibalah masanya ibubapa kami mewariskan tanah mereka kepada kami tiga orang adik-beradik. Setiap daripada kami mendapat 5 ekar seorang.


Beberapa tahun selepas itu, saya pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan di kampung sebelah. Kami dikeruniakan 5 orang anak dan mereka adalah dalam garis keturunan kedua dalam keluarga besar kami. Adik-beradik yang lain masih hidup membujang. Peredaran masa berlaku begitu cepat sekali. Kini anak-anak saya yang 5 orang itu sudah beranjak dewasa. Oleh kerana pada masa kini tidak ada lagi pembahagian tanah seperti yang ada sewaktu zaman ibubapa saya, maka saya wariskan tanah warisan itu kepada kelima-lima orang anak kesayangan saya. Setiap mereka mendapat bahagian masing-masing seluas 1 ekar seorang.


Digaris keturunan kedua dalam keluarga besar kami. Anak-anak berkahwin lagi dan mendapat 4 orang anak dan mereka ini pula berada digaris keturunan yang ketiga dalam keluarga besar kami. Kini 1 ekar harus diwariskan lagi kepada 4 orang anak digaris  keturunan yang ketiga. Ini bermakna setiap daripada mereka akan masing-masing mendapat lot tanah seluas 0.25 ekar.


Sehinggalah digaris keturunan yang seterusnya tanah akan diwariskan lagi. Begitulah yang berlaku berulang kali pada perkara yang sama sehinggalah tanah semakin mengecil. 


Sampai satu tahap proses ini tidak boleh dilakukan lagi. Kerana tanah pusaka semakin hari semakin mengecil setiap kali proses mewariskan dilakukan. Yang ada hanyalah tanah warisan sebesar sekangkang kera. Kalau tanah seluas kangkang kera, apa lagi yang boleh diusahakan di tanah itu?Ini barulah namanya tanah hanya sebesar sekangkang kera. 


Kisah ini di adaptasikan daripada cerita orang-orang kebanyakan yang ada disekitar menjadi sebuah kisah untuk tatapan kita bersama bagi generasi muda. 

Isnin, 26 Ogos 2013

Panduan kerja Pengukuran Tanah

Jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Kerajaan:
  1. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
  2. Pengukuran Pengambilan Tanah
  3. Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kerajaan ( Sek. 28, Ordinan Tanah Sabah)
  4. Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kegunaan Anak Negeri ( Sek. 78, Ordinan Tanah Sabah)
  5. Pengukuran Yang Berkaitan Tuntutan Hak Asasi Tanah Mengikut Adat Anak Negeri
Manakala, jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Berlesen Yang 
Berdaftar Dengan Lembaga Juruukur Sabah:
  1. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Country Lease (CL)
  2. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Town Lease (TL)
  3. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Lesen Duduk Sementara (TOL)
  4. Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
  5. Pengukuran Semula Hakmilik (Resurvey)
  6. Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Field Register (FR) ke Native Title (NT)
  7. Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Provisional Lease (PL) ke Country Lease (CL)
  8. Pengukuran Pengambilan Tanah
  9. Pengukuran Pembahagian / Pencantuman Tanah
  10. Pengukuran Pembahagian Bangunan (Subsidiary Titles)
  11. Pengukuran Tukar Syarat Hakmilik Tanah
  12. Lain-lain jenis pengukuran kadaster. 
Berikut merupakan carta alir prosedur kerja pengukuran tanah yang melibatkan Juruukur Kerajaan dan Juruukur Berlesen.

PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR KERAJAAN


PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR BERLESEN 
YANG BERDAFTAR DIBAWAH SEKSYEN 8(3), ORDINAN JURUKUR 1960.



Sumber daripada http://www.jtu.sabah.gov.my

Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Menyambut Hari Raya

Kesempatan ini blog Tukang Sukat Tanah ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya' kepada rakan pengunjung yang beragama Islam. Maaf Zahir dan Batin.

Kedudukan Lot Tanah Pada Peta Siri DNMM5201


Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Kedudukan lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

 Maklumat Atribute lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth

Beginilah keadaan apabila layer lot tanah dan layer peta siri DNMM 5201 digabungkan bersama dengan menggunakan google earth. Kini setiap orang sudah boleh membuat rujukan melalui cara ini di internet untuk tujuan tertentu seperti merancang sesuatu pembangunan pada kawasan tertentu di masa hadapan, merancang kerja-kerja penyukatan, mengenalpasti lot-lot bersebelahan dan sebagainya. Sekiranya anda berhasrat untuk datang mahu mendapatkan Pelan Akui di jabatan tanah yang berhampiran dengan anda. Maka melakukan rujukan dengan cara ini akan lebih memudahkan anda berurusan di kaunter jabatan tanah. Tidak perlu menunggu lama lagi ketika berurusan di kaunter jabatan tanah.