David Beckham pernah menjalankan latihan 500 kali tendangan bebas setiap hari selama lebih 10 tahun sebelum dia menjadi raja tendangan bebas.
Kita semua tahu bahawa keinginan yang kuat dan kerja keras saja tidaklah mencukupi untuk membuat kita mencapai kesuksesan dalam kehidupan. Kita juga perlu mengembangkan kemahiran kita dan terus melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Pada masa sekarang ramai orang yang mempunyai cukup ilmu pengetahuan dan mahu terus belajar benda-benda yang baru. Mereka ini adalah golongan orang yang sedang membuka jalan hidupnya agar menjadi lebih mudah mencapai matlamat.
Bekerja keras saja belum cukup membuat kita sukses tapi perlu juga dilengkapi dengan minda yang cerdas. Jangan berhenti menimba ilmu tetapi teruslah mengembangkan kemahiran yang dimiliki.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.