Kata orang tua, tidak rugi kalau berbudi kepada tanah kerana tanah tidak tipu yang dalam erti kata lain hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya. Biar sedikit tetapi tetap ada.
Walaupun tanah yang sekangkang kera sekalipun kalau ringan tulang dan rajin berusaha dengan bercucuk tanam pasti mampu membantu meringankan beban perbelanjaan dapur.
Akhirnya kita akan berasa bahagia dengan cukup.