Rabu, 1 Oktober 2014
Selasa, 30 September 2014
Sidang Akhbar Kes Tanah Adat MAWASI
Sidang akhbar bagi pencerahan mengenai isu tanah di Kg. Malinsau, Kg. Wayan dan Kg. Sinurai, (MAWASI) Ranau oleh Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur, YB Dtk Dr. Joachim Gunsalam , YBhg. Datuk Amisah Yassin, Tuan DO, Faimin Kamin dan Tuan Armizan Ali. Telah dikepilkan salinan kronologi kisah permohonan tanah yang telah mengambil kira pengeluaran tanah orang kampung tersebut serta penjelasan kenapa tidak perlu mesyuarat LUC di Ranau. Dikatakan semua Standard Operation Procedure telah diikuti dalam proses pengeluaran geran tersebut.Taniah atas tindakan proaktif kepada semua yang terlibat. - Datuk Amisah Yassin.
Isnin, 29 September 2014
Hati Ibu Yang Sedih
Sampai bila pun Ibu tetap menjadi insan yang paling kita hormati dan banggakan. Dari Ibulah kehidupan kita bermula. Ibu mengandung kita selama sembilan bulan kemudian mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan kita. Selepas itu ibu sekali lagi banyak berkorban ketika membesarkan dan mengutamakan kebaikan untuk kehidupan kita. Ibu adalah satu-satunya insan yang rela memberikan apa sahaja untuk anaknya....bagi yang mengasihi seorang Ibu, melihat keadaan Ibu dalam gambar membuatkan kita rasa tidak selesa.
Sabtu, 27 September 2014
Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau (MAWASI)
Rintihan Penduduk Kampung Tanah Adat di Rampas. Semoga kebaikan menyebelahi penduduk kampung terlibat.
Jumaat, 26 September 2014
Dikatakan Tanah Adat Tapi Masih Boleh di Rampas
Tanah Adat di Negeri Sabah menurut undang-undang:
Tanah Adat tidak bergantung kepada undang-undang bertulis tetapi amalan Orang Asal yang diamalkan mereka sejak datuk moyang mereka."
Apabila wujud manusia, maka wujud Tanah Adat, "Kita lahir disitu, kita buka hutan, kita huni kawasan itu, kita hidup dan kita mati disitu. Cara kehidupan itulah yang dikatakan Tanah Adat."
Didalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 memperuntukkan Tanah Orang Asal, "Dan kita gunakan adat tempatan untuk pergi ke Mahkamah."
Untuk ditetapkan sebagai Tanah Adat mesti wujud 3 syarat:
- Orang yang menuntut itu mestilah Orang Asal, dan Orang Asal itu bermaksud "Tuan Rumah di Negeri ini." Kalau pendatang dari Indonesia atau Filipina, umpamanya, bukanlah Orang Asal.
- Tanah yang dituntut itu bukanlah tanah yang bergeran atau tanah rezab untuk penggunaan awam. Tanah itu mestilah tanah kosong. Sebelum datangnya British dulu, tanah-tanah ini sudah didiami oleh Orang Asal, paling lama kini sudah didiami 13 generasi, kebanyakannya 6 hingga 8 generasi, ada juga 5 generasi, bahkan sebelum adanya kerajaan Orang Asal sudah berada di sana.
- Tanah itu mestilah diusahakan oleh Orang Asal. Tanah itu dikerjakan dan sekurang-kurangnya ada 50 pokok sudah ditanam diatas tanah itu, dan jenis pokoknya tidak ditentukan; 50 batang pisang pun sudah memadai; ada rumah didirikan diatas tanah itu, dan tanaman itu hendaklah ditanam memadai dengan 3 tahun sahaja.
Tanah adat adalah lebih kuat dari tanah geran. Jika tanah adat diceroboh atau sudah dikeluarkan geran kepada mana-mana syarikat, geran itu boleh dibatalkan, dan keputusan ini terkandung didalam keputusan Mahkamah Persekutuan. (Dato Kong Hong Ming seorang peguam telah memperjuangkan hak tanah Orang Asal Sabah dan telah memenangkan kes-kes tanah Orang Asal sehingga ke Mahkamah Persekutuan.)
Sementara masalah rampasan tanah adat ini sedang berlaku di tiga buah kampung di daerah Ranau.
Kes Pengambilan Tanah Adat (NCR) di Kg. Malinsau, Kg. Wayan & Kg. Sinurai, Ranau (MAWASI) oleh mantan YB ERA 70-an yang kemudiaannya geran tanah tersebut dijual oleh anaknya kepada syarikat Worthy Palms Sdn Bhd (dari Selangor). Bagi saya yg terlibat secara langsung dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya oleh pihak syarikat (atau sekarang isu sedang dimainkan ialah Malaya-kebetulan syarikat yang beli dari Malaya) tetapi dari orang sendiri / Pemimpin Sendiri / YB sendiri!... dengan "bantuan" Jabatan Tanah dan Ukur.
Apa yang berlaku sangat mengecewakan kami. Banyak kata simpati dan sokongan yang kami terima. Kami juga berterima kasih kerana byk pihak (NGO terutama PACOS dan SSPR) jg tampil menyumbang idea malah tenaga dalam perjuangan kami. Sekarang ini kami sdg berjuang melalui undang2 dan pada masa yg sama kami mengharap simpati dari pihak kerajan. Berharap agar RAKYAT DIDAHULUKAN.
Melalui mahkamah, kami cuba utk mengetepikan possession order yg diperolehi oleh syarikat dengan mudahnya. Pihak kg tidak pernah menerima sebarang surat panggilan perbicaraan.SALAH SIAPA KAMI TIDAK TAHU. Kami kalah malah permohonan interim stay kami ditolak.
Ringkasan KEPUTUSAN Hakim:
1. Kalau Geran tanah sudah keluar, Tanah Adat (NCR) tidak boleh wujud lagi;
2. Kalau tidak puas hati, SAMAN Kerajaan; dan
3. Kos RM3 ribu / Permohonan (RM6 ribu untuk 2 permohonan)..
Sekarang kami sedang membuat rayuan dan menurut peguam kami keputusan dijangka keluar pada bulan Oktober. Surat rayuan kami kpd kerajaan kami htr kpd CM, Wakil2 Rakyat kami, Pengarah Tanah dan Ukur Sabah, Pemungut Hasil Tanah Ranau dan banyak Jabatan yg terlibat. Pd 2 Julai 2014 Pengarah telah meluluskan permohonan kami utk jumpa beliau. Perbualan adalah seperti berikut:
Dlm bilik mesyuarat, T. Pengarah bersama 2 pegawai dan sedang memegang dokumen yang kami htr.
T. Pengarah: ini tanah sudah lulus lama sudah. sejak dari beluran lagi.
Kami: Mcm mna plak? Ada sesuatu yg tdk kena bah pengeluaran geran ini. Byk bantahan kami sda buat. 1998 RSP sudah kena batal. Pihak Jab Tanah tdk ambil peduli bantahan kamikah?.......
T. P: Ko fikir kami tidak buat kerjakah? bukan kena batal tapi kawasan tanah org kg perlu dikeluarkan terlebih dahulu (dgn muka dan nada marah)
Kami: Jadi kenapa tanah kami tidak dikeluarkan? kenapa bila juruukur comp dtg menyukat, rmh, jalanraya, kolam dan kebun kami semua masuk? Tiada on the ground pengukurankah?
T.P: Rasanya ada masalah dlm pengukuran. kena tunggu pengarah lah (kemudian call pengarah tdk lama kemudian pengarah masuk)
Pengarah: apa masalah
Kami: Ulang lagi dari A to Z.
Pengarah: Mana fail (barulah pegawai ambil fail). Cuba baca laporan pengukuran.
Pegawai : Tanah sudah diusahakan dengan tanaman seperti getah, buah-buahan dan padi. Malah banyak kawasan merupakan bekas penanaman padi
Pengarah: Siapa yg Tanam? (pegawai diam, kami pun angkat tangan). takkan itu company dtg jauh2 tanam padi. mcm mna kamu ni? Siapa sign?
Pegawai: .... (nama pegawai di Jab Tanah Ranau).
Pengarah: Buduh. Nanti sya suruh org sya buat pemeriksaan.
Kami: buat apa periksa lagi. dlm fail ada 2 laporan pemeriksaan tdk cukupkah?
Pengarah: biar kami buat kerja kami. kamu percaya jak kerajaan.
Kami: selama ni kami percaya tp tengok apa jadi
Pengarah: tidak2.. sa suruh org sa masuk. jgn kamu halang. nanti lepas periksa tengok mcm mna
Kami: jadi kamu akan revoke tu geran?
Pengarah: Tengoklah mcm mna
The end
Melalui undang2 mahupun rayuan kami tdk akan putus asa. Setinggi mana pun mahkamah, kami akan pergi. Mahkamah tertinggi adalah milik sang pencipta. Kami tidak akan sesekali berundur dari perjuangan ini. Bukan setakat maruah kami yg mereka ambil malah nyawa penduduk kg krn tanah adl nyawa mereka. Hanya satu kata Perjuangan, LAWAN!.Galus Ahtoi
23.09.14 para pegawai dr Jab Tanah tiba di kg Malinsau untuk buat pemeriksaan. 24.09.14 pihak company masuk dengan 2 bas, 6 buah kereta, 1 jentolak. Sekarang ini, Syarikat masih di kg dan sgt rakus utk memusnahkan ladang getah milik penduduk Sinurai. Penduduk masih berusaha menghalang tanaman mereka dimusnahkan. Bantuan segera yg sangat kami perlukan sekarang adalah supaya Syarikat jgn dulu masuk kawasan ini. Untuk seterusnya kami minta agar geran ini dipindahkan.
Bantulah kami MP Ewon Ebin Ranau Joachim Gunsalam Masidi Manjun Datuk Faimin Kamin dan doakan agar kami menang perjuangan ini. - Ruth Allez.
Berat Tanggungjawab Wakil Rakyat.
Berat Tanggungjawab Wakil Rakyat.
Selasa, 23 September 2014
Cara-Cara Tengok Kedudukan Lot Tanah Melalui Google Earth
Saya terima kiriman email daripada seorang rakan baru yang mahu tahu cara bagaimana melihat lot tanah melalui Google Earth (GE). Memandangkan langkah ini sedikit melibatkan teknikal maka saya bercadang terus saja post di Blog Tukang Sukat Tanah untuk langkah-langkah tersebut.
Install aplikasi Google Earth (GE) di komputer anda. Klik link download disini https://www.google.com/earth/ Jika sudah ada sila abaikan langkah ini.
Langkah 2
Pergi ke laman JTUWMA. klik link ini
http://www.arcgis.com/home/webmap/viewer.html?webmap=4ab54d6896bf4fc097f1bf192e9db888
untuk ke laman tersebut.
http://www.arcgis.com/home/webmap/viewer.html?webmap=4ab54d6896bf4fc097f1bf192e9db888
untuk ke laman tersebut.
Langkah 3
klik bahagian content. Pergi ke bahagian CAD atau SVY CAD (ikut keperluan anda) klik pada anak panah dan seterusnya klik pada bahagian description.
klik bahagian content. Pergi ke bahagian CAD atau SVY CAD (ikut keperluan anda) klik pada anak panah dan seterusnya klik pada bahagian description.
Anda akan nampak halaman ini. Skroll ke bawah, lihat bahagian Generate KML. klik Generate KML, Anda akan lihat paparan seperti ini.
Masukkan nama yang anda kehendaki pada ruangan Document Name Contoh 'Lot_Saya'. Lepas itu klik layer yang anda mahu dan tekan Generate KML. Anda akan terima file Google Earth (GE) seperti ini. klik file ini dan secara langsung aplikasi GE akan diaktifkan.
Khamis, 11 September 2014
Borang Permohonan Tanah Kerajaan LSF1001
Jika anda tidak pernah melihat borang permohonan tanah kerajaan maka inilah jenis borang LSF1001 yang digunakan untuk tujuan permohonon tanah kerajaan. Borang ini boleh didapati di kaunter JTU ataupun di kedai buku yang berhampiran.
Borang LSF1001 ini mempunyai lapan (8) muka surat semuanya dan mengandungi enam (6) salinan borang yang (sama) perlu diisi untuk setiap permohonan tanah kerajaan.
Langgan:
Catatan (Atom)